Wednesday, October 7, 2009

Jalan Raya 09'
Dua hari rounding mengunjungi sahabat handai.

Assalamualaikum semua! Butir-butir jalan raya untuk Kerabat Durbar Dua adalah seperti berikut.

Sabtu:
Jumlah members berjalan raya: 33 orang (belum termasuk mereka yang KIV)
Kita akan berjumpa Hotel Ecelsior pada pukul 11 pagi untuk show kompang dan dikir. Bas akan bertolak dari Hotel pada pukul 2.45ptg untuk ke rumah Faizul. Toksah bawak motor. Naik teksi, share 4 org pegi Hotel Excelsior jek.

Urutan rumah:
Faizul (BREAKFAST), Tauhid, Hafiz, Apu, Elmi (LUNCH), Amelia (DINNER), Hakim

Nota: Sabtu nih kemungkinan besar ada show, jadi, seandainya show tuh confirm, kita akan skip rumah Ayam dan Dzar untuk memberikan laluan.

Ahad:
Jumlah members berjalan raya: 46 orang (belum termasuk mereka yang KIV)
Kita akan berjumpa di bawak blok Sdr Rezal tepat pada pukul 11 pagi, sapa lambat, jumpa kat rumah Sdri Hanom, sebab kita naik bas kilang.

Urutan rumah:
Hanom, Ashri (BREAKFAST), Iqah (LUNCH), Fadley, Sha'ari (TEA BREAK), Zaki, Luqman (DINNER), Rezal

Hal-hal lain:

  • Pihak jawatankuasa meminta agar tuan rumah (yag namanya tertera di atas) mengirimkan 'confirmation' melalui khidmat pesanan ringkas (SMS) kepada Sdr Ayam selewat-lewatnya pada hari Khamis, 2359hrs.
  • Peringatkan kepada mereka yang akan memasak (tertera di atas), jangan masak untuk 100 orang, nanti tak habis, membazir. Biarlah ala kadar yer.
  • Kepada mereka yang belum lagi memberikan kata putus kepada kami, sama ada anda ikut atau tak, harap berikan 'confirmation' kepada Sdr Ayam selewat-lewatnya pada hari Khamis jugak.
  • Kita juga ada pertandingan! Haaaa, dengar dari desas-desus, Jabatan Kewangan Durbar Dua ada berikan kita budget untuk hadiah-hadiah berikut -
  1. MaleBrooch Paling Glamour
    Songkok Paling Tinggi
    Mr Durbar Raya’09
  2. Female- Selak Paling Seksi
    Handbag Paling Berat
    Miss Durbar Raya’09

Kita sewa bas untuk dua hari beb. Jadi, tak perlu pikir pasal minyak. Tapi, kene keluar fulus sikit ler. Bayarannya adalah seperti berikut:

Bayaran untuk satu hari - $10

Sila lunaskan bayaran anda pada hari perjalanan. Ok, setakat tuh jer yang ingin disampaikan. Kalau ada sebarang persoalan, kami berharap agar anda menghubungi Sdr Ayam atau Dzar. Daripada pihak jawatankuasa Jalan Raya Durbar Dua 2009, kami cuma nak cakap, berhati-hati di jalan raya. - DurbarNews