Projek amal cum Youth Dialogue
Ok, sekiranya anda semua dapat imbas kembali, pada hari Minggu yang lalu, sebelum gelanggang kat Geylang bermula, kita sekerabat datang lambat. Sumpah, tak sengaja, nanti orang cakap lain pula. Sebenarnya, sejak dari pukul 3 petang, kami semua sudahpun berkumpul, bukan untuk beransur ke Geylang, tapi untuk ke Masjid Muhajirin, dan memberikan bantuan dari segi tenaga manusia untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Dalam kata lain, jadi usher la. Maklumlah, bangunan tuh tinggi dan yang datang untuk collect habuan rata-rata golongan warga emas.
Youth Dialogue yang kat blakang video tuh pulak berlangsung di tempat yang sama, selepas majlis pemberian habuan. Pelik jugak, sebab memang tak kita tak pernah buat kerja macam nih. Jadi apa lagi? Semua tai chi kat Tauhid. Alhamdullilah, beliau berani lagau, sampai Encik Zulkifli siap kasi kad lagi. Bukan kad merah, bisnes kad. Habis ah Tauhid, konfirm dier suro kau berdialog lagi. - DurbarNews