Did You Know?
Fakta-fakta yang menakjubkan, dalam 5 minit.
Video nih sangaaaaaat memukau, sekiranya anda faham akan mesej yang ingin disampaikan. Pada awalnya, ada seorang rakan yang embed bende nih kat facebook. Cuma sekadar ingin berkongsi sama apa yang ditemui di internet. Selamat menonton. (sila matikan audio imeem di sidebar)
Tahukah anda?
(penulis tak terjemahkan semua, cuma yang sikit-sikit jer...)
1. Korang pernah dengar istilah 'you're one in a million'? Ah, sekiranya kita gunakan istilah tuh, dan dalam setiap sejuta manusia, anda sorang jer yang agak special, maka, dalam China, mengikut populasinya, ada 1300 orang yang juga agak 'special'.
2. Negara Cina akan menjadi negara nombor satu yang menggunakan bahasa Inggeris.
3. Sekiranya kita ambil semua orang2 bijak pandai kat India, lepas tuh dari sana kita ambik lagi suku jer (25%), jumlah orang2 tersebut actually lebih ramai dari bilangan penduduk Amerika Syarikat. Dalam kata lain, korang amek semua bilangan anak-anak kat Amerika, maka bilangan budak-budak yang pandai giler sebenarnya melebihi jumlah itu. Belum kira anak-anak yang biasa-bisa mahupun yang tidak begitu pandai.
4. 10 pekerjaan yang paling orang nak dalam 2010 (tahun yang akan datang), actually belum lagi wujud pada tahun 2004. Dalam kata lain, kita sedang menyiapkan pelajar-pelajar kita untuk pekerjaan yang belum lagi wujud dengan menggunakan teknologi yang belum lagi ada dan juga untuk menyelesaikan masalah yang belum lagi timbul.
5. Kalau jumlah pengguna 'Myspace' dibentuk menjadi sebuah negara, maka negara itu akan menjadi negara kelima terbesar di seluruh dunia.
6. Internet mengambil masa 4 tahun untuk mencapai jumlah pengguna sebanyak 50 juta. Kalau nak dibandingkan, radio pula mengambil masa 80 tahun.
7. By the time korang dabis tengok video nih, 67 bayi telahpun dilahirkan di Amerika, 274 bayi kat China dan 395 bayi kat India.
8. By the time korang dabis tengok video nih, manusia kat dunia nih dah download 694,000 lagu secara haram (illegal)
-DurbarNews