Terlebih dahulu, sinopsis skit. Menurut pemahaman penulis, cerita nih pasal satu budak sutun (Amy) yang selalu dikacau bebudak kampungnya. Setting dia pulak zaman dulu-dulu, tak pastila biler, mungkin post perang sebab pakaian dorang memang oldskool giler babs. Namun begitu, walaupun beliau menunjukkan ke'sutun'an yang teramat sangat, orientasi seksual beliau masih lurus. Jangan salah faham, cerita nih takla berbentuk mahupun mengandungi unsur-unsur seksual, walaupun sesetengah adegan ada menimbulkan berahi penulis sebab pelakon-pelakon dia mengenakan kain batik yang ketat sehingga menunjukkan benduk badan yang menggiurkan. Pandai Haiqel pilih pelakon eh. Ok, balik palik pada cerita sutun, aku lost fokus skejap. Amy terperangkap di dalam cinta tiga segi. Macam mana nak explain.. Ok, Amy suka satu awek nih, Aidah namanya. Ini menimbulkan perasaan cemburu oleh seorang guru wanita yang bekerja sepejabat dengan Amy.
Saturday, November 22, 2008
reviu
Ok, seperti yang dijanjikan, reviu bagi Pentas Sutera. Sebelum itu, disclaimer. Editor bukanlah pengkritik panggung yang hebat la kan. Ini cuma perspektif orang biasa yang jarang tengok pementasan. Cuma sekadar memberikan dan berkongsi pendapat yang boleh dikatakan berat sebelah, tapi, penulis cuba untuk mengimbangi baik dan buruknya.
Komplikasi jalan cerita datang apabila si Amy nih ingin melamar Aidah. Namun begitu, apakan daya, si Aidah sebenarnya pura-pura shiok kat Amy. Jalan cerita bagaikan tergantung kerana kesimpulan hubungan antara si cikgu dan Amy tidak dikembangkan lantas meninggalkan penonton tertanya-tanya akan kesudahan komplikasi tersebut. 'Flow' cerita juga tersekat-sekat kerana penulis akur, terlalu banyak elemen luaran yang hendak disumbatkan ke dalam produksi 2 jam itu. Ada tarian, silat, dikir barat, dan drama. Kadang-kala elemen-elemen sedemikian macam tak kene dengan scene ataupun adegan jalan cerita. Penulis juga ingin menambah, terlalu banyak unsur humour yang diselitkan sehingga adakalanya, Pentas dah ibarat teater komedi. Memang la best, sebab dapat ketawa, tapi motif untuk keratan humor dah 'overshadow' cerita asal. Penggunaan bahasa juga tidak ditelitikan, memandangkan setting cerita adalah pada zaman dahulu, penggunaan bahasa dah ibarat macam Melayu sekarang. Sekiranya pengarah dapat telitikan bahasa yang digunakan, intonasi, dan sebagainya, kemungkinan besar, 'feel'nya akan tampak berbeza. Sound sistem sayangnya, hampeh. Kerap kali, suara pelakon-pelakon tak dapat didengar jadi mcm sayang gitu. Pengunaan musik juga tidak diselaraskan dengan penggunaan suara dalam banyak instances jadi mcm wasted sesetengah cebisan script tuh mampu diberikan impak yang berbeza kalaulah ada musik main kat background. Especially last part pantun. Tuh kalau ada main dgn lighting dan musik, confirm ending pon meletup. Tapi, sayangnya, dorang tak buat gitu. Tapi oleh kerana ini adalah produksi pelajar untuk pelajar, kita faham.
Ok, kita cerita yang baik pulak. Secara keseluruhan, harga tiket enam dolar tuh kirer oklah. Tak la mahal sangat.Rokok lagi mahal. Acting para pelakon juga telah meninggalkan kesan mendalam dalam penonton sehingga ada sesetengah di antara mereka sampai kutuk-kutuk watak jahat, "Eh! Bastard sak dekni. Sampai hati sak." Jadi, kalau penonton dah sampai cakap gitu, maknanya, perwatakan pelakon dihidupkan secara effektif. Penulis juga tabik unsur-unsur humor yang digunakkan, kerana, maklumlah, bukan senang untuk buat orang ketawa. Especially part dikir barat, istilah kata-kata matrep merempat, "Baik kapa. joy!!!" Jalan cerita, walaupun sudah kerap kali digunakan cerita-cerita lain, masih mampu menarik perhatian penonton sebab 'twist' dier pon baik giler. I was mildly surprised sebab unsur 'twist' nih memang susah untuk diterapkan dalam pementasan. Lagi satu bende baik, banyak girls kat sana. Mata si Shaari dan Khidir sampai merah tengok kiri kanan. Enjoy la korang. Secara keseluruhan, penulis kagum dengan semangat Persatuan Kebudayaan Melayu di sana sebab memang tidak dinafikan, anggota dorang banyak giler. Moga-moga mereka rasa terhibur menggiatkan diri dalam produksi sepertimana penulis telah terhibur melihat pementasan mereka. - DurbarNews