Monday, March 17, 2008

PERTEMUAN DUA ALAM

"Salam Biggy... jangan tak salammm..." Itulah yang mungkin dibisikkan oleh Hamdan kepada Biggy dalam gambar ini...

Bishan - Keris dan Durbar Dua telah melakukan apa yang dikatakan 'impossible' dengan bergabung tenaga untuk pertandingan Pesta Senandung Rakyat, anjuran kumpulan dikir barat Andika, Ahad lalu. 'Surprise' ini, yang tak berapa surprising, memandangkan Durbar dan Keris telah banyak bergabung dalam show-show dikir barat, baik gelanggang mahupun show biasa-biasa, telah dirahsiakan DNN atas desakan pihak atasan. Persahabatan Keris dan Durbar, yang menjadi lebih akrab semenjak pelancaran Dikir Kita, telah mencetuskan idea ahli-ahli kumpulan kedua-dua pasukan itu untuk bergabung sementara.

Tujuan pergabungan ini diadakan adalah untuk belajar teknik-teknik berdikir secara efektif melalui beberapa aspek kekuatan kumpulan masing-masing. Durbar, secara itlak mempunyai asas dikir barat yang kuat serta pengalaman yang boleh dibanggakan. Keris pula mempunyai gaya serta fleksibiliti yang cukup hebat dalam aspek kreativiti. Pergabungan ini juga dianggap satu pencapaian yang membanggakan kerana terdapatnya pergabungan dua konsep dikir yang berbeza. Kontract pergabungan, yang dimenterai kedua kepala-kepala telah disign Sabtu lalu sebagai tanda ikatan rasmi 'perkahwinan sementara' kedua-dua kumpulan.

Format pergabungan adalah seperti berikut, Keris akan dipecahkan kepada dua bahagian. Durbar juga akan berbuat demikian. Kedua-dua bahagian itu kemudiannya disatukan agar dapat lihat perkongsian ahli yang rata daripada kedua-dua kumpulan. Pecahan kumpulan tidak mengikut urutan dari segi kekuatan awok/paluan/front-man. Kumpulan pertama yang diketuai oleh Syed diberi nama Dikir Berdua. Kumpulan yang kedua pula diberikan nama Dikir Lagi. - DurbarNews