Wednesday, July 28, 2010

Short Updates
Dah puas rehat la kan

Jangan marah joy! Naik shiok pulak
aku rehat dari blog. Sampai dua bulan. Sampai ada yang cakap "tiap-tiap kali aku tengok blog ko, macam nak tumbuk skrin." Hehehe. Bukan apa, wahai penggelungsur budiman. Kalau nak kasi alasan memanglah banyak. Antaranya:
  • Laptop sekolah kene kasi balik, sebab 'on-loan'. Jadi biler laptop kesayangan takder, maka timbullah rasa 'frust' sebab tak boleh buat video.
  • Sibuk dengan practicum (Alhamdulillah, dah habis pun. Lulus!)
  • Menyesuaikan diri dengan persekitaran yang baru di sekolah.
  • 'Frust' tak dapat main Mega Perdana 2010. Lagu D'Tour sedap plak tuh. Hampeh!
  • Kehilangan 'mojo' ataupun daya kreativiti serta semangat yang jitu.
  • Bingit Holland kalah dengan Spain.
  • dan banyak lagi.
Penulis ingin mengambil kesempatan ini untuk muntahkan cerita-cerita basi yang telah anda dengar. Saya nih sekadar membuat dokumentasi jek.

D'Tour dan Dwi Durrah di Mega Perdana 2010
Mengharumkan nama kerabat Durbar Dua
Tahniah kepada kededua kumpulan dikir barat yang bernaung dibawah Keluarga Besar Durbar Dua kerana berjaya mempamerkan persembahan yang meyakinkan di pertandingan terulung dikir barat Singapura.

Tok Juara, Sdr Elfee Ismail sekali lagi menggondol gelaran Tok Juara Terbaik, lantas menjayakan 'hat-trick' beliau di persada nasional. Sedap betul suara ko, Elfee. Anak kepada R Ismail nih sudahpun dinaikkan pangkat sebagai 'player-coach'. Beliau juga telah melibatkan diri secara intensif dengan menyumbangkan diri sebagai tenaga pelatih untuk kumpulan Dwi Durrah. Cayalah!

Sekalung budi juga kepada pendikir mapan seperti Sdr Bali, Sdr Rahmat, Sdr Mat dan juga Sdr Zul yang sudi menggembleng tenaga untuk menjayakan set-piece D'Tour. Tentunya, persembahan kali ini diibaratkan sebagai sebuah 'closure' ataupun closure kepada mereka yang masih mempunyai pertalian dengan kerabat kami.

Beralih kepada kumpulan wanita pula, Dwi Durrah. What a difference a year makes! Walaupun baru setahun jagung berada didalam arena dikir barat wanita, mereka mampu untuk melayakkan diri ke peringkat akhir Mega Perdana 2010. Mana aku nak letak muka aku nih? Hehehe. Walau apapun, tahniah kepada mereka kerana menunjukkan sikap 'tidak gentar', walaupun berhadapan dengan pelbagai tekanan dari luar. Sememangnya, keberanian mereka perlu disanjung dan kami mengharapkan agar semangat sedemikian tidak mudah luntur dewasa kelak.

Sri Kelewek Kecundang
Di Piala Senandung Rakyat
Beransur kepada PSR 2010 pula, kumpulan Sri Kelewek malangnya telah kecundang dan sekadar menduduki tempat kelima di carta akhir. Namun begitu, mereka terpaksa berpuas hati dengan membawa pulang gelaran "Awok-awok Terbaik". Usah berasa hampa, kerana masih banyak lagi peluang untuk bertanding di masa yang akan datang, Insya Allah.

Secara itlak, Sdr Naz dan Sdr Rezal menghamburkan pujian kepada skuad muda Durbar Dua kerana mampu menjayakan set-piece dalam lima hari, tetapi memberikan amaran bahawa banyak aspek yang perlu diperbaiki untuk menaikkan lagi taraf persembahan. Dalam pada itu, tahniah kepada Sdr Martyn yang telah berjaya mencipkan naskah senikata yang pertama untuk kumpulan kami. Kirekan macam debut dier la. Syabas, kerana sudi terjun botol dan menyahut cabaran ini.

Kami ingin mengambil kesempatan ini sekali ladi untuk memberikan ucapan ribuan terima kasih kepada mentor-mentor kumpulan ini, Sdr Rezal, Sdr Elfee , Sdr Naz, tenaga 'penulis', tenaga 'paluan' serta semua 'ragam specialist' yang menyumbangkan masa, idea dan mengorbankan titik peluh untuk menjayakan set-set Dwi Durrah, D'Tour dan Sri Kelewek. Akhir sekali, terima kasih kepada Tuhan, yang mencelikkan mata dan membukakan hati untuk sama-sama berjuang, demi seni yang dicintai. - DurbarNews