Berkat latihan gigih dan semangat yang luar biasa.

Alhamdullilah, dua kumpulan yang bernaung dibawah keluarga besar Durbar Dua berjaya melangkah ke peringkat akhir pertandingan dikir barat nasional, Mega Perdana 2010. Kumpulan yang penulis maksudkan adalah D'Tour dan juga Dwi Durrah. Ini merupakan detik yang bersejarah kerana sepanjang perjuangan Durbar Dua di dalam arena seni dikir, sekiranya kami menghantar dua kumpulan, selalunya yang sampai finals satu jek.

Walaupun D'Tour agak mampat dari segi set persembahan, kekurangan jelas terpampang dari segi aspek senikata. Hal ini telah diketengahkan semasa ulasan pengadil yang mana Cikgu Djohan, selaku juri tetap pertandingan ini, menekankan tentang pentingnya kupasan tema dalam penulisan. Kupasan senikata perlu dilihat dari pelbagai dimensi dan perspektif untuk menghasilkan sebuah karya yang baik.

Dalam pada itu, Kumpulan Dwi Durrah juga telah menempah 'tiket' untuk ke peringkat akhir. Ini adalah kali pertama kumpulan ini melangkah begitu jauh walaupun baru setahun jagung membuka sayap di dalam arena dikir. Pada kali ini, naskah yang dikarang oleh Sdr Ayam adalah antara yang terbaik di dalam kategori senikata. Jelas sekali, pengunaan tukang karut, Sdri Nurul menghasilkan daya penyampaian yang kuatapabila digandingkan degan suaranya yang lunak dan lemak berkrim, disukai ramai. Betul, beliau memang disukai ramai bebudak Durbar yang eksyen turun training kasi support padahal subtext nak tengok Nurul nyanyi. Korang tengok jerla video training nanti. Part Nurul nyanyi, ada yang tersengeh, ada yang terkeluar air liur dan banyak lagi.
