Wednesday, April 28, 2010

Dari Pena Editor
Kembali bersuara melalui font Arial.

~Le Dzar de Francesco
Chief Editor (Durbar News Network)


Assalamualaikum wr wb. (Sila jawab salam, walaupun ianya sebuah 'cyber-salam'. Tak jawab berdosa.) Apa khabar wahai pengunjung budiman? Tika penjara minda yang melanda sudah sampai ke penghujungnya, semangat menulis, berkarya dan mencipta mula membara semula. Dan tika kami dari pihak editorial di sini menyepi, ramai yang bertanya dan membuat andaian berleluasa. Antaranya:

"Kenapa dah lama tak update?"
"Merajok kalah comp ker?"
"Kau nih buzy sangat ker? Orang lain pun kerja per."

Ya akhi dan ikhwan, seandainya anda membaca keratan artikel pada tanggal 17 Mac 2010, rasa-rasanya, sudah cukup penjelasan yang dibentangkan. Lantas, saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa selepas tempoh 10 minggu (yang bermula dari 22hb Febuari)habis, blog ini akan kembali bernafas. Dalam pada itu, banyak juga kerja-kerja ubah elok yang belum lagi siap, jadi, saya meminta agar lebih ramai individu yang tampil kehadapan dengan idea-idea baru supaya wadah ini kekal relevan.

Ok, bende admin dah lepas, kita sentuh pula tentang hal ehwal kerabat, terutama sekali tentang pertandingan Mega Perdana 2010 yang masih lagi berlangsung. Saya akur, ramai yang ingin membaca pandangan serta buah pendapat kami paska peringkat saringan. Dari segi gaya tulisan dan perbualan, motif mereka kepelbagaian. Ada yang sekadar ingin mengusap garam di luka dan ada pula yang ikhlas memberikan kritikan membina. Kami pula, menerima seadanya. Bagi mereka yang kurang peka tentang perkembangan kami, ingin saya mengambil kesempatan ini untuk memaklumkan bahawa Durbar Dua tewas di peringkat saringan. Namun begitu, bak kata pepatah Inggeris, "All is not lost", bukan semua yang kita miliki itu hilang kerana kumpulan D'tour telah lulus badai yang pertama dan akan mengharungi ribut yang kedua bersama kumpulan Dwi Durrah di peringkat separuh akhir nanti.

Dalam adat bayi yang enggan bersuara, ibu bapa yang menggelapah akan membuat andaian berbeza-beza.

"Kenapa tak bersuara? Lapar kot? Marah eh? Nih mesti marah tau. Tak pun buang air dalam pampers. Sakit kot? Badan macam panas jer nih. Nih mesti sakit tau." (dan mereka membuat andaian demi andaian, mengundang resah, menyambut risau. Tatkala bayi itu bersuara semula, barulah hati lega.)

Sekiranya keadaan dapat disimpulkan dalam sebuah analogi, maka begitulah contohnya. Kami akur dan menerima kekalahan yang menimpa, dan ini tentunya akan dijadikan iktibar serta pembakar semangat untuk pertandingan-pertandingan yang akan datang. Ada seorang rakan pernah memberikan pendapat,

"Sebenarnya kekalahan nih menguji daya tahan kau. Ianya mengasingkan padi daripada hampas, batu daripada pasir, Indomee daripada air. Dalam kekalahan, kau akan dapat lihat siapa yang akan lari untuk mencari teratak yang lebih baik, atau kekal bersama dan berusaha untuk mengubah nasib teratak itu sendiri." Mungkin ada benarnya ungkapan beliau itu.

Ramai juga mengambil kesempatan dengan menggunakan wadah NewMedia untuk menanyakan sebab kami tewas di persada saringan. Antara penjelasan yang dapat saya berikan setakat ini, berdasarkan desas-desus yang hinggap di telinga saya adalah, aspek tok juara dan senikata sangat rendah sehingga menjejaskan pungutan mata secara keseluruhan. Tentunya saya berasa kecewa dengan dua perkara,

1. Saya dimaklumkan tentang hal ini dari wadah mulut ke mulut.
2. Saya yang menulis senikata bagi kumpulan Durbar Dua.

Lantas, penulis sekadar ingin menyusun sepuluh jari sekiranya hal sedemikian benar-benar berlaku. Mungkin dalam kekecohan dan kesibukan saya, kupasan yang saya berikan tidak begitu menyakinkan. Namun begitu, kita belajar dari kesilapan. Di sini saya sertakan naskah tulisan saya. Sekiranya ada yang sudi menokok tambah atau memperbetulkan yang salah, sila sertakan komentar anda dibawah artikel ini.



Tema: Menjana Keluarga Bahagia

~Juara (Lagu Ciptaan Asli)
Ada beribu tidak berbapa
Ada berayah tidak berbonda
Ada kedua-duanya tiada
Ada juga
Yang berdua tanpa cahaya mata
Yang rajanya Hawa
Yang laganya jiwa
Yang seumpama
Musuhnya masa

Nutfah menghadam minggu bentuk alaqah,
Tingkah memakan jemu untuk berubah,
Langit menanti hari mengolah warna,
Masa adalah fasa yang memaksa.

Hendak merasa,
Junjung gemala,
Maka teruja kala,
Gugurkan masa,
Langit kerawang awan yang beku tiada.
Alang-alang renyai pemberi seksa.

~Yangki
MENggelabah tok menteri,
JAlang sudah berakar umbi,
NAda tabah usul mimpi,
KErna cerna talak jati.

LUak detik putik menjadi,
ARah lentik cantik bernadi,
GAya madah mantik putar impi,
BAdai ubah titik yang mengisi.

~Kelantan
HAlang dalang yang menghadang,
GIlap pandang yang terlentang,
Ada madang yang terhidang,
UNdang bayang yang menguntang.

TUKil kata nak menjana,
SEbar pesan kasi ingat,
MUdah saja menerima,
Alih kesan yang meningkat.

~Patani
Demi masa

Sesungguhnya manusia

Berada didalam kerugian tika mereka berada

Masa yang kita merompak sebahagiannya,
Diperuntukkan untuk kerja,
Diperbentukkan supaya tiada,
Diperbanyakkan bersuka-ria.
Dan dikurangkan masa bicara

Tapi bila ditanya,
Katanya untuk menjana
Keluarga bahagia

Bagaimana (nak menjana)
Kalau sekadar (limpah harta)
Tandus masa pada keluarga
Bukan menjana namanya.

~Matang
Kita menjana, membina sentiasa,
Agar usah sang usrah dicemburui masa.

Bukan senang nak imbang yang kededua,
Rakan, usah biar rasa berleluasa.

Bukan jana sekadar nak menjana nama,
Tapi jana yang mengempukan gayanya masa.

~Wau Bulan
Wau, wau bulan
Wau bulan teraju tiga

Impikan jannah impi bahagia impi ditawan,
Ketepi impi hancur musnah angkara masa.

-DurbarNews