Thursday, January 7, 2010

Persandingan Fai & Siti
3hb Januari 2010. Tahun baru, pengantin baru

MTV suntingan Team DNN, khas untuk pernikahan Sdr Fai dan Sdri Siti

Tahun baru, pengantin baru. Perlangsungan persandingan antara Sdr Fai dan Sdri Siti di Tampines Ahad lalu membawa seribu macam kenangan manis kepada kedua mempelai. Majlis yang turut dihadiri pendikir dari pelbagai kumpulan bertambah meriah dengan persembahan beberapa lagu juara dendangan Aung Aung Kim dan Elfee Ismail. Namun begitu, sejurus selepas memberikan salam di mikrofone, bekalan tenaga elektrik terputus sementara lantas menenggelami majlis dalam kegelapan. Awok-awok, yang sudahpun duduk serumpun bersama kedua mempelai, tercegat sekejap, terperanjat beruk dengan keadaan sedemikian. Tensen.

Masalah tersebut diperbaiki dalam beberapa minit selepas pegawai town council turun untuk menyelamatkan keadaan, dan majlis bersambung kemeriahan. Sdr Fai, selaku raja sehari turut diundang untuk mendendangkan lagu penutup wau bulan. Amboi, kemain tinggi dia bawak. Daripada rakaman nyanyian wau bulan awok-awok, jelas sekali, ramai yang tidak sampai 'pitch' yang berkumandang di ruang dewan sanding.

Namun begitu acara creme dela creme bagi kerabat kami tentunya persahabatan yang terjalin semula antara Sdr Fai dan Sdr Din Beruk. Setelah lama berselisih faham, mereka dilihat berdakapan antara sesama, sambil memulakan azam baru untuk melupakan sejarah yang berlaku antara mereka dahulu. Buang yang keruh, ambil yang jernih. Kematangan kedua ahli ini patut dicontohi kerabat Durbar Dua sempena tahun baru 2010. Team DNN di sini, ingin mendoakan agar kedua mempelai tabah dalam mengharungi onak dan duri perjalanan sebagai suami isteri. Moga-moga mahligai yang telah dibina berkekalan sehingga ke anak cucu, sehingga ke pintu syurga, insha allah. - DurbarNews