Monday, November 9, 2009

Hmmm, belum sempat Editor menulis ulasan, Kak C dah email dulu dengan ulasan beliau sendiri. Kepada yang masih menantikan video, jangan gusar, hamba sedang bekerja tungkus lumus nih untuk upload video dan artikel. Sementara tu, mari kita baca ulasan Kak C.

Kak C Bersuara Kembali
Selepas berbulan dah menyepi!

Pertama sekali, sebelum menulis ulasan pendek tentang PSD 4, ingin Kak C ucapkan tahniah kepada Durbar Dua & Dwi Durrah. Kedua-kedua kumpulan ini telah bekerja keras dan berlatih dengan gigih (akak dengar-dengar bulan posa pun dorang training!).

Bila akak balik pertandingan kelmarin entah mengapa tiba-tiba muhasabah diri lah pulak. Sebab, kita lihat nama-nama baru (yang tidak lazim didengar) yang menjadi juara baik untuk kategori lelaki mahupun wanita. Walaupun mungkin ada beberapa pihak yang kurang puas hati atau sangsi dengan pilihan pengadil dan kebolehpercayaan pengadil, akak rasa banyak pengajaran yang dapat kita pelajari dari PSD4.

1. Tiada jalan pintas
"No shortcuts to victory." Nak menang? Kerja keras. Kalau tak nak kerja keras, dah kalah tolong jangan komplen eh? Irrics.

2. Jangan lupa pandang ke bumi.
Kalau sudah biasa berada di atas, jangan lupa pandang ke bumi. Yelah, macam cogankata Durbar Dua... :) Sebab kalau kita biarkan sikap takbur itu menyelimuti diri, akhirnya ia akan mempunyai impak pada tahap persembahan kumpulan. Complacency is success's worst enemy.

3. Kegagalan merupakan permulaan, bukan penghujung perjalanan.
Jatuh? Bangun balik. Jangan malu. Buktikan kepada semua orang tentang kebolehan diri. Kegagalan boleh dijadikan penyaring atau "sieve" yang akan membezakan siapa yang benar-benar ingin berseni dan berjaya... dan siapa di antara mereka yang semangat dua minit atau yang paling irrics, "glory seekers". Kalau ada di antara anda yang jatuh dalam kedua-dua kategori tersebut, do your teams a favour and leave. Jangan sebab nila setitik, rosak susu sebelanga.

4. Takhta kemenangan itu dilucutkan sebaik sahaja kita turun dari pentas
I think a wise, black, old man told me this. Akak forgot his exact words or saper yang betul-betul cakap sebab akak ni pelupa sikit. Namun, kata-kata itu tersemat dalam minda sebab kebenarannya terserlah. Kalau kita biarkan sampai besar kepala, timbullah "complacency" (refer to point 2).

Ok, itu sahaja. Kepada keluarga Durbar Dua,

"Biar terbang tinggi di angkasa,
Asalkan jangan lupa pandang ke bumi..."

(Sebab kalau jatuh gedebuk, sakit nyah!) All the best people, enjoy and celebrate this moment. :)