Tuesday, November 17, 2009

Darmawisata ke Zoo Negara
Anjuran D2 PSG (Parent Support Group)

Kanak-kanak dari skuad Durbar Dua Under 12 geli hati dengan segmen persembahan gajah-gajah Asia.

Melentur buluh, biar dari rebungnya. Pada hari Ahad yang lepas, kanak-kanak dari skuad Durbar Dua Under 12 telah dibawa berdarmawisata ke zoo negara sempena cuti sekolah yang bakal menjelang. Lawatan tersebut, yang pertama dianjurkan oleh cawangan D2 Parental Support Group merupakan usaha untuk mengeratkan lagi silratulrahim dikalangan pendikir muda dan memupuk sifat kekeluargaan yang menjadi teras utama kumpulan dikir barat ini.

Pada awalnya, ramai ahli kerabat Durbar Dua yang nak turut serta namun begitu, cuaca yang tidak stabil (skejap hujan, sekap panas terik) tidak mengizinkan segelintir daripada mereka untuk turun padang. Antaranya adalah Saudara Naz selaku CEO Durbar Dua yang terlelap kat rumah sebab masa tu, Toa Payoh hujan lebat. "Gua dah takleh angkat beb. Kat Toa Payoh, angin sepoi-sepoi, terus badan nih dah macam kene rantai kat katil. Terus gua gone, buat lawatan zoo dalam mimpi, " kata beliau, menerusi panggilan telefon.

Lawatan ini juga merupakan latihan bagi pasangan suami isteri, Sdr Santau (gambar atas) dan Sdri Sue (gambar kiri, paling kiri), yang belum mempunyai cahaya mata sendiri, lalu menjadi 'ibu bapa' sehari yang perlu menjaga puluhan ribu anak-anak kecil yang sentiasa dahagakan perhatian. Sdr Santau mengulas: "Kirer oklah, dapat jugak rasa macam mana agaknya kalau ada anak. Mana nak kene buat susu, kene tahan baby merengek. Kene tukar pampers. Gerek, tapi penat. Last-last, kita ada rasa sikit-sikit macam zoo keeper jugak. Lebih kurang kerja dorang sama macam kerja kita jaga anak-anak nih. Lagi satu aku nak komplain, sini semua banyak cekik duit. Nak kasi gajah makan kene bayar. Nak naik kuda kene bayar. Nak naik tram pun bayar 5 ketul. Ais krim kat luar 6 posen. Kat sini sampai 3 dolar. Popcorn yang aku beli nih dah 6 dolar. Kerajaan Firaun zaman purba Mesir pun tak sekejam ni."

Lawatan ke zoo negara berakhir dengan menaiki tram tanpa membayar tambang sebab hujan turun dengan lebat pada lewat petang. Jadi, kita semua tercegat kat bawah shelter. Nasib baik manejmen zoo datang selamatkan kita dengan tram percuma. Kirerkan berbaloi jugak la. Save 5 ketul. - DurbarNews