Schedule untuk bulan Ramadhan, harap maks.
Seandainya anda takle datang, sila SMS D2 hotline di: 82267632
Pembahagian Bubur Al-Nahdah
Ahad, 6hb September, 4pm @ Bishan CC
Jom kengkawan, turun Bishan CC untuk tolong mengagihkan bubur di masjid Al-Nahdah. Kita cuma provide manpower jer. Lepas tuh boleh iftar sama-sama. Ala, sekali sekala buat amal, bukannya selalu pernah buat kerja macam nih pun. Datang, jangan tak datang tau!
Dikir With A Heart
Ahad, 13hb Septembar, 11am @ Bishan CC
Ekceli, nama event dier sajer jer aku bubuh. Dalam acara nih, kita akan mengagihkan voucher-voucher, hamper-hamper barangan dapur untuk golongan yang memerlukan. Pengagihan nih kita akan lakukan dengan menaiki kenderaan masing-masing. Yang takder kenderaan pun boleh join sama! Kalau berkesempatan, kita akan berpeluang untuk beramah mesra dengan mereka. Kami juga membuka acara ini untuk semua, tak kirala, kalau korang ahli Durbar Dua ker tak. Sekiranya anda berminat untuk menghulurkan tangan, hubungi Sdr Naz di talian: 81820219
Gelanggang Geylang Gig
Ahad, 13hb September, 8.30pm @ Kampung Melayu
Gelanggang returns! CDM pelawa kita untuk sama-sama menjayakan Gelanggang Gig nih bersama-sama dengan kumpulan-kumpulan dikir barat yang lain. Tak pasti plak kumpulan apa yang akan turut sama, yang penting, yang pasti, tentunya suasana gelanggang tahun nih akan lebih gah dan power kedamak! Tak sabar wei!
Visit To Darul Makwa
Isnin, 14hb September, 6.30pm @ Darul Makwa
Tiba masanya untuk kita sumbangkan kepada masyarakat, lebih-lebih lagi mereka yang memerlukan. Kita akan melangsungkan persembahan (show) khas untuk kanak-kanak Darul Makwa dan juga akan Iftar bersama mereka. Sumbangan berupa wang atau voucher secara individu amat dialu-alukan. Kita juga akan conduct aktiviti-aktiviti, macam games ker untuk bebudak nih. Sapa nak volunteer jadi badut, harap SMS di talian D2 sekarang!
*Nota: Segala acara-acara yang telah disebut di atas akan disertakan dalam "schedule" di sidebar.