Buat penyesuaian yang sesuai agar menyesuaikan keadaan.

Schedule bagi latihan Durbar Dua untuk Piala Seni Dikir 4 sudahpun dimuatnaikkan kat sidebar. Namun begitu, jadual bagi latihan Ditu plak belum lagi diterima. Sekiranya ada insan yang sudi buat, sila hantarkan kepada Editor dengan segera. Terima kasih kepada Naz yang sudi melakarkan jadual tersebut. Sekarang aku plak yang stress. Ya Allah, ko berikanlah daku ilham bagai petir yang menyambar langit, dalam keberkatan malam-malam terakhir bulan Ramadhan sebab aku betul-betul belum ada idea untuk lirik. Amin.
Dalam pada itu, peringatan bagi seluruh kerabat Durbar Dua. Hari Jumaat nih kita semua iftar kat CC. Sekalung budi kepada semua yang sudi membalas SMS D2 hotline untuk memaklumkan kedatangan anda. Yang belum berbuat demikian, tunggu apa lagi? SMS sekarang! - DurbarNews