Pembacaan doa dan Surah Yasin. So serious seh.
Tuan rumah, Sdr Elfee Ismail dengan dia peh pak cik, yang menjalankan majlis berdoa dan Iftar.
Majlis Iftar yang diadakan Jumaat lalu tidak seperti majlis berbuka puasa yang pernah kita adakan. Kalau selalunya, majlis berbuka diiring dengan ketawa, pada kali ini, ianya diiring dengan doa pula, khas buat mereka yang tidak ada. Bertempat di rumah Sdr Elfee Ismail, majlis dimulakan dengan pelbagai bacaan ayat-ayat suci Al-Quran. Yang manisnya, bukan bebudak Durbar Dua sahaja yang turun meramaikan tenaga. Dwi Durrah pun ada, Joe Tangan, Nooris serta Sarip Ulan turut menghadirkan diri.
Tapi se'serious-serious' kiter pun, last-last, lepak jugak. Sampai 2 pagi. Tengok Manchester lawan Tottenham. Tengok GEGEBO. Hafal lagu GEGEBO. Harmonise lagu GEGEBO. Lepas tuh tengok dokumentari hantu TAC. Abeh takut nak balik. Team DNN ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada tuan rumah, Sdr Elfee Ismail serta isteri kerana sudi menjadi penyambut tamu. Terharu rasanya, kerana anda berdua sudi masak untuk kami, walaupun kiter nih 'kelahap', semuanya buragas. Moga-moga anda diberkati dengan pahala yang berlipat-ganda, lebih-lebih lagi dalam bulan Ramadhan nih. - DurbarNews