Saturday, September 12, 2009

Darah yang Mengalir...
dari nutfah hingga dewasa adalah Durbar Dua
Duduk bersepah sementara menantikan tabuh bermula. Sebab permain rebana belum datang.

Fuh, tak sesia turun. Walaupun pada awalnya penulis sakit (bukan sakit tuh), sebab basah dek mandi hujan, terubat jua gering yang melanda. Buat julung-julung kalinya, kerabat Durbar Dua turun dalam skala besar, menggabungkan tenaga baru serta lama. Al maklumlah, dah lama tak berjumpa, tak dengar cerita. Pertemuan nih diibaratkan sebagai titian yang menyambung dua era Durbar Dua.

Kehadiran muka lama, Sdr Daud, sudah pastinya menceriakan suasana. Yang si budak baru plak, muka macam Rezaler, rambut afro beb. Baik kapa. Memang molek, sebab perjumpaan sedemikian memperkenalkan muka baru kepada yang lama, dan vice versa. Dalam rapat umumnya yang ke lima ratus sebelas, Sdr Rezal, selaku ex-CEO, dan penasihat dalam kerabat D2 membasmikan istilah 'lama dan baru'. Beliau berucap, "Istilah nih kita mesti kikis. Kita sekeluarga di bawah naungan yang sama, tiada yang membezakan antara kita. Mungkin kat luar korang berlainan kerja, tapi sejurus masuk dalam kawasan bilik nih, tujuan kita sama. Cheywah. Aku pun mcm paham."

Dalam ucapan yang diberikan oleh CEO baru kita, Sdr Naz pula, beliau kagum dengan sambutan yang ditunjukkan oleh para ahli tahun ini. Beliau juga tidak putus putus untuk memberikan penghargaan kepada mereka yang sudi melibatkan diri semula dalam arena dikir setelah hiatus menghilangkan diri. Beliau juga berharap agar komitmen para ahli tidak lentur dek dimamah masa, lebih-lebih lagi tarikh comp masih jauh lagi.

Sebuah latihan ringkas juga sempat dirakamkan oleh Team DNN, sempena warm-ups untuk persembahan gelanggang hujung minggu ini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk bersama kami dan sembilan (dengar-dengar) kumpulan dikir barat yang lain di Kampung Melayu, Geylang Serai, tepat pada pukul 8 mlm. Jadi ah, jangan tak jadi! - DurbarNews