Wednesday, August 26, 2009

Jantung Berdegap-degup
Bukan dek perang lasak, tapi selections rabak!

Sekiranya anda tidak pernah menjamah permainan dikir barat setempat, mungkin istilah 'selections' merupakan sesuatu yang tampak penuh dengan misteri. Maklumlah, ia selalunya dilangsungkan di sebalik tabir atau behind closed doors. Selections merupakan acara yang dapat menimbulkan kebahagiaan mahupun kesedihan mereka yang bertanding. Ada yang bersorak kegirangan, ada pula merintih dalam kesepian. Apakan tidak, terkadang sampai berbulan kita berlatih untuk sesebuah set. Perasaan sedemikian adalah sifat yang lumrah.

Secara semula jadi, manusia berasa hampa apabila apa yang diharap tidak diketemukan. Namun begitu, adalah menjadi tanggungjawab sesebuah kumpulan itu sendiri untuk mengimbangi pergolakan emosi antara ahli dan memberikan sokongan moral serta kata-kata perangsang, khususnya kepada mereka yang tidak mendapat tempat untuk bertanding. Ini penting, agar semangat pendikir tidak luntur dek kekecewaan keputusan 'selections'. Video ini merupakan rakaman acara 'selections' kami di Bishan CC, sesajer, untuk kita kongsi bersama. - DurbarNews