Fesyen "Comp" Dikir
Kepelbagaian dalam mengenakan fesyen yang menarik.
Kepelbagaian dalam mengenakan fesyen yang menarik.
Luqman, model sambilan bagi majalah Ujang. Baju dari TopShop ($75). Seluar dari Lumberjack ($125). Tali pinggang dari Bugis Street ($5). Jam dari Bugis Street ($5).
Pertandingan dikir barat setempat bukan sahaja merupakan tempatnya kumpulan-kumpulan beradu kekuatan dalam kesenian dikir. Malah, para aktivis, secara individu mahupun berkumpulan juga beradu dalam segi fesyen. Tabiat 'peacocking' amat meleluasa dalam arena ini, maklumlah, yang datangpun bukan calang-calang golongan. Kerap kali, majoriti golongan ini terdiri daripada peringkat umur belia dan beliawanis. Semuanya masih muda dan hot. Sampai ada members yang memberikan firasat dan fasafah mereka tentang perihal comp-comp dikir.
Sdr Ali, 24 tahun mengulas, "Comp dikir nih dah ibarat macam tempat mencari jodoh tau. Jadi, korang kene pakai style-style." Ada sesetengah kumpulan mengenakan baju T-shirt boria, ada pulak pakai ikut tema, semua sama kaler. Pada artikel kali ini, kita menyentuh tentang pakaian bebudak Durbar Dua, dan klise perbandingan antara mereka dan golongan pendikir yang sedia ada. Enjoi.
The "Hip-hop"Look.
Kaduk (model sambilan) mengenakan fesyen ala hip-hop bersapai dalam gambar nih. Warna seluar dalam memainkan peranan penting dalam gaya beliau. Pastikan warna yang dipilih memukaukan mata. Biar warna orbit sekalipun, asalkan garang.
Pastikan juga seluar jeans dilonggarkan sebanyak lima blas sentimeter dibawah paras perut. Biarkan sedikit babat dari bontot menjojol agar mendapat perhatian minah-minah sleeveless.
Baju dari Giordano ($15). Seluar jeans dari Seiyu ($45). Seluar dalam oren dari Renoma ($12). Jam dari pasar malam ($5).
The "Sembrono" Look
Lengkapkan gaya fesyen sedemikian dengan seluar kargo pendek, dalam gambar ini, seluar Biggy koyak di daerah kelengkang, untuk memberikan "ventilation" supaya peluh cepat kering, ala dryfit. Walaupun gaya sedemikian tidak akan menangkan hati minah-minah sleeveless, apa yang pasti, mereka tentunya kagum dengan kewibawaan anda.
Baju I.LOVE.DK dari RayDesigns ($22). Seluar kargo dari Mustapha Centre ($35). Selipar dari BATA ($13). - DurbarNews