Monday, August 17, 2009

Dah Selesai Pun...
Rasa syukur, girang dan berbaloi juga

Editorial - Syukur dan lega rasanya bila semuanya telah selesai. Alhamdullillah, pada kali ini, Durbar Dua berjaya merangkul tempat ketiga di Piala Raja Panggung 2009. Rasa berbaloi juga, sebab untuk set kali ini, penulis akur, memang crash course. Masa yang distipulasikan, yaitu 4 minggu untuk menyiapkan set memang tak cukup. Sebab lirik hanya dilengkapkan pada minggu yang kedua. Lantas, korang terpaksa bidan terjun, cari ragam, lagu dan 'feel' dalam masa singkat. Maka, yang pertama dan utama, penulis ingin menyusun sepuluh jari sekiranya terlambat siapkan lirik. Pada awalnya, memang 'yok-yok-or', nak buat sorang. Kene pulak time practical attachment dengan sekolah, seksa. Last-last, kol Sdr Ayam untuk bantu, dia cover juara, hamba cover karut. Selesai juga akhirnya.

Tapi yang memberangsangkan lagi, adalah semangat kental serta jitu kerabat Durbar Dua. Tak terdengar pun dorang komplain tentang kesuntukan masa, semuanya faham akan situasi yang menimpa. Sejurus selepas mendapat lirik, fapfupfap, melody lagu dah pun bergema kat bilik latihan. Kita di pihak editorial nak telaah dan beri kredit. Nih orang-orang kuatnyeerrr:

Naz: Strict disciplinarian. Sejak dah biasa kerja kapal, timing dan manajmen dier semakin 'suiy'. Macam Thierry Henry dulu-dulu kat Arsenal, he's the first to arrive and the last to leave. Tulang belakang kerabat and sedia berkorban demi kepentingan kumpulan. Secara sukarela mengundurkan diri dari pertandingan untuk memberi peluang kepada ahli yang lain untuk menjamin tempat, walaupun beliau dah 'invest' banyak masa untuk memberi tunjuk ajar kat kita. Thanks bro, you're dearly appreciated.

Rezal: Tak komplain biler lirik siap lambat. Biler dah dapat, dier buat rangka lagu dalam sehari jer. Dan seperti biasa, kami ingin berterima kasih atas tunjuk ajarnya baik dari set awok/paluan/juara karut.

Ragam specialist:
Sekalung budi, khas buat mereka yang brainstorm ragam, Usop, Kunch dan Sha'ari. Korang power kedamak.

Ashley "Khidir" Isham:
Tukang jahit yang profesional. Dia sorang-sorang jahit tanjak baru kita. Tengoklah, bertapa powernyer dier. Product quality dier pun baik giler. Terima kasih Khidir, we can't thank you enough. Untung gadis yang memilih si Khidir nih, dia masih single tau.

Yang kene eksiden:
Faizul, thanks, walaupun ko degil, ingkar cakap doktor. Dier suro kau rehat, ko jalan jugak pegi CC, sebab ko takder pape kat rumah. Kehadiran anda membawa semangat luar biasa kepada kerabat Durbar Dua. Btw, vespa lawa.

Yang tak dapat select:
Kadang-kala, kita kurang paham apa yang dilalui mereka, sebabnya, memang seksa. Bayangkan, turun training hari-hari , dari matahari melangit tinggi, sampai malam berganti, lepas tuh diberitahu, "sorry beb, ko tak main comp ni". Kemenangan ini didedikasikan kepada anda kerana andalah yang layak menjulangnya selepas mengharungi seksa, melihat persembahan dari kaca mata penonton. This win is for u bros!

Kepada Paluan: Usop selaku peneraju department nih, memang on the ball. Yang lain, seperti Man, Aidil, Haiqel pun tak banyak spelling, mereka ikut dan patuh, lantas mempercepatkan proses membuat 'beat'. This paluan team iz really really the RAWKS!

Awok-awok: Comitment yang best giler. This line says all, dari ahli kerabat yang lama, sehingga yag baru, semuanya tunjukkan dedikasi yang hebat. Kepada ahli yang baru, you had balls of steel (bebola besi), konfident, walaupun nih merupakan comp yang pertama buat kalian. Kudos.

Juara karut:
Aku tak tau macam mana nak cakap. Kalau boleh aku peluk cium korang sekarang jugak. Kalau awok-awok ada bebola besi, korang punya bola diperbuat dari diamond. Aha... bebola diamond (hardest material on Earth). Dua-dua kongkalikong, nangis. Satu nangis pasal terkehel, lagi satu nangis sebab dapat gelaran Tukang Karut Berpotensi. Yay yay! Baby nangis! (25646686429X)

Sdr Ayam: Tanks for saving our butts. I can always count on you to do quickie lyrics. Sanggup temankan aku kat rumah Rezal sampai 4 pagi, dia dok buat lirik juara dengan ketekunan dan fokus yang teramat sangat, seperti Ultraman yang sedang membunuh raksaksa dengan membuat huruf "X" untuk mengeluarkan lazer dari tangannya. Fuh, begitulah tahap kefokusannyer. Tengkiu broNi.

WAGs: Wives and Girlfriends and Girls who are just Friends. Kehadiran aura wanita mengimbangi kadar testosterone baik dalam atau luar bilik latihan. Sokongan moral anda amat dihargai. Siapalah kita tanpa anda, cheywah, amboi.

Dan kepada semua yang penulis tak sebutkan diatas, yang telah menyumbang kepada kami, ucapan terima kasih kepada anda. Tahniah kepada semua yang bertanding kerana telah menjayakan pertandingan dikir barat setempat (cheh, macam aku plak organiser, yer?). Walaupun semalam kita pulang dengan rasa syukur, hari ini, kita semua start dari zero balik. Sesungguhnya, semalam adalah sejarah, hari ini adalah kenyataan yang harus diterima, dan esok adalah kemungkinan yang musykil ketentuannya. Live for the present. Carpe diem (Seize the day). Jumpa anda di Piala Seni Dikir 4. - DurbarNews