Tuesday, August 4, 2009

Apa khabar semua? Emel pada kali ini datang dari Sdr Ayam, panjang berjela-jela wooo. Maklumlah, bukan selalu dia sumbang kat blog nih. Hal nih bersangkut paut dengan hak cipta dalam penulisan, jadi kalau korang larat baca, silalah.

Ada Girlfriend Masalah...
Tulis "girlfriends" pun masalah...

Aku penat. Ingatkan cerita dah habis. Rupa-rupanya masih ada yang naik syiok mengata sampai kat lelaman ni pun aku nampak. Semua angkara lirik yang aku tulis untuk Dwi Durrah untuk Piala Raja Panggung peringkat saringan yang baru sahaja lepas. Eh! Salah! Bukan lirik tetapi sepatah perkataan dalam lirik tu. Perkataan “girlfriends!”.

Mula-mula, aku dapat rasa ada yang macam sindir-sindir. Selepas itu, member aku sendiri datang bilang aku, “Oi! Dia cakap lirik kau ni, kumpulan lain dah pernah pakai.”. Aku pun dengan selamba menjawab, “Eh”. Bukan aku ni kes yang tak kuasa, cuma aku penat nak beri penjelasan yang panjang-panjang. Memandangkan situasi sekarang agak lain, aku rasa lebih baik aku terangkan sebelum naik busuk nama aku kat blog ini atau blog-blog yang lain. Hehehehe...

1. Piala Si Cilik 9
Orang cakap comp ni yang aku curi idea untuk hasilkan lirik aku. Sekarang, aku hendak menjelaskan bahawa aku tidak lihat satu pun persembahan yang dipertandingkan pada hari itu melainkan persembahan daripada Sekolah Rendah Edgefield (persembahan anak murid aku sendiri). Memang benar, para pengacara menyebut “girlfriend!” apabila Sekolah Rendah Tampines North (girls team) memenangi tukang karut terbaik, namun tidak terlintas di dalam pemikiran aku yang persembahan sekolah tersebut mengandungi perkataan itu. Aku sekadar terfikir mungkin para pengacara hendak menceriakan keadaan pada hari itu. Manakan tidak, yang datang tengok semua ibu bapa dan guru-guru. (dah macam nak ambil o levels result....)

2. Mesej dalam senikata
Jikalau wujudnya perkataan “girlfriends!” dalam kedua naskah, aku rasa mesej yang ingin disampaikan berbeza. Dalam naskah yang ditulis untuk Dwi Durrah, aku hendak menyampaikan mesej bahawa bahasa mencorak budaya bangsa kita. Dapat kita lihat dengan jelas pada zaman kini, di mana anak Melayu kita sukar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu. Ini terjadi atas beberapa faktor (cikgu-cikgu mungkin faham lah...) dan salah satu daripadanya ialah pandangan bahawa penguasaan Bahasa Inggeris menunjukkan kemajuan seseorang. Maka, aku selitkan beberapa perkataan bahasa Inggeris untuk mengukuhkan mesej yang ingin disampaikan. Jikalau ianya sama dengan naskah yang dipertandingkan di Piala Si Cilik, itu semua berlaku secara kebetulan.

3. Pemilihan Tukang Karut
“GroupieD2: identify dengan lirik. Gergerl feeling melayu in denial. I tink it was very funny”... Memang aku sengaja hendak melahirkan watak sebegini dalam senikata untuk tukang karut. Ini kerana pada masa itu Dwi Durrah masih dalam proses pemilihan tukang karut antara Fifi dan Amelia. Fifi (dengar dari desas-desus lah yang dia pandai berlakon) dan Amelia (dengan perwatakannya yang over semula jadi) pada aku boleh membawa watak yang dikatakan GroupieD2 dengan baik. Lantas, mereka boleh menyampaikan mesej senikata itu kepada para penonton dan juri dengan senang.

4. Konsep penulisan
Memang rasa tercabar apabila menulis senikata untuk kumpulan wanita. Hendak menghasilkan idea yang elok disampaikan oleh wanita agak berbeza dengan lelaki. Aku pun duduk fikir macam mana hendak hasilkan senikata yang membezakan Dwi Durrah daripada segelintir kumpulan dikir wanita (yang aku rasa lebih mencoleteh macam makcik geylang serai daripada menyampaikan mesej). Datang lah satu kawan ni, “How about every time if you have the chance to write for Dwi Durrah (insya’allah), you write with a bitchy attitude. A bitchy attitude that is easy for the community to relate and accept it. An attitude that when the karut is relaying the message, people will know its Dwi Durrah performing.”. Oh bukan! Kawan tu bukan yang hasilkan senikata di Piala Si Cilik 9.

Itu lah penjelasan aku. Panjangkan?!! Itu pasal aku tidak mahu jelaskan pada waktu mulanya. Namun, semalam telefon bimbit aku sibuk berdering. Orang sampaikan berita, ramai bertanya.. haiz..dah macam kene wawancara..ada lagi minta aku jelaskan. Jadi, mari sini aku jawab soalan-soalan mereka...

Q: Kau kenal dia ke?
A: Tak. Pernah nampak lah tapi tak kenal. Tahu nama je.

Q: Kau pernah berbual dengan dia?
A: Hmmm.. Piala Khatulistiwa 2005, dia berbual pasal aku (depan aku) di bilik salin sekolah aku. Lepas pertandingan itu pun ada di pintu masuk ke auditorium tapi kali ini depan kawan dia (pasal aku juga)..Yang terakhir, Piala Si Cilik 9, aku tanya dia,” Lagi lama ke giliran sekolah aku?”. Itu je yang aku ingat..

Q: Kau ada hal ngan dia?
A: Tidak ada.

Q: Dia cakap kau bedek kau tak tahu pasal kau ada kat sana waktu prize giving.
A: Lihat penjelasan di atas.

Q: Dia bandingkan kau seperti seorang budak tetapi diri dia seorang prof.
A: Kau salah faham dia tulis kot. Tapi kalau dia cakap aku budak mungkin betul juga. Pasal tahun 2005 yang dia berbual pasal aku itu, dia kata,” kalau tak tahu pasal dikir barat, jangan nak berbual sembarang ah.”

Q: Dia kata kau tak bagi credit bila gunakan idea orang lain.
A: Mungkin dia tidak lihat salinan lirik yang diberi penganjur kerana aku tulis di bawah salinan itu, “petikan ilham puisi BAKU karya Art Fazil” .

Q: Kau tak nak lawan balik? Takut?
A:
Bukan tak nak tapi tak biasa lah bermusuh tambahan pula aku dah tak kenal dia, nak lawan kata kat internet pun tak guna. Tiada pemenang dan punahkan tali persaudaraan lagi ada. Bukan takut, kita kan orang berseni. Orang berseni harus beretika.

Q: Apa kau plan nak buat? Kenapa?
A: Minta maaf. Kerana mungkin semua terjadi atas salah faham. Lagipun, kumpulan aku ajar untuk berpegang kepada prinsip “tuntut ilmu zaman berzaman, beza cara tujuan sama” dan “biar terbang tinggi di angkasa, asalkan jangan lupa pandang ke bumi” (ini confirm tak ciplak...hehehehehe)

Maka,

Aku nak minta maaf lah kat penulis senikata untuk Sekolah Rendah Tampines North (girls team) bukan niat aku nak curi idea kau dan bukan niat aku pun nak gunakan karya kau sebagai ilham aku.(mungkin kalau ada masa kita jumpa lagi, biar aku hulurkan tangan tanda ikhlas hendak meminta maaf. Berbual-bual sambil minum air ke, tukar pandangan. Lagi banyak hasilnya daripada kita menaip di komputer..hehehehehe)

Dan juga aku nak minta maaf kepada the Dwi Durrah ladies dan abang-abang yang mengajar mereka kerana menurut Anon8431 yang datang menyinggah di tagboard pada tarikh 21 Julai pukul 9.38am:

“Anon8431: i think memang sama, dgn Tamp Nth grp. Azman judge for both comps, mungkin dia ingat kalau pakai tune patani tu. Tamp Nth pun angkat karut i tink. Damn, should have tried to make a more original tune”

Bukan marah... Takut je digelar pencuri atau penciplak... hahaha...selidik sebelum menuduh..

Editor jawab:
"Hmmm, moga-moga apa yang berlaku dijadikan iktibar. Kita pun tak menjangkakan perkara sedemikian akan berlaku. Tentunya sebagai penulis kumpulan dikir barat, masing-masing hendak menonjolkan interpretasi tema yang original dan unik. Dalam pada itu, mungkin berlakunya "idea duplication", jadi biar kita bersikap matang dan usah menunding jari. Perlu juga sikap peka antara kumpulan yang mempunyai identiti tersendiri.

Namun begitu, dalam hal ini, dalam perhitungan saya, pengunaan perkataan tuh hanya kebetulan dan kedua-dua penulis menggunakan perkataan 'girlfriends' dalam konteks yang berbeza. Maka tersebarnya gosip liar yang hanya akan melaga-lagakan sentimen kedua-dua penulis nih. Let the matter rest and lets move on."
- DurbarNews