Wednesday, July 1, 2009

Ish! Ada Toyol kot?
Selami dunia toyol bersama pakar toyol, Sdr Arip


Musim Holiday lepas,aku banyak tonton drama2 bersiri,maklum lah kira membalas balik aper yang tak dapat aku buat bila aku sudah mula berkuliyah. Aku tertarik dengan drama etoyol.com yang bersiaran di TV3. Bila aku ngah syiok layan cerita ini aku teringat kejadian2 pelik yang baru sahaja berlaku.

Kejadian Pertama
Cuba kamu semua bayangkan baju yang saiznya besar sebesarnya, (cheh step aku kecik laks) boleh hilang dan ditukar baju bersaiz kecil, tak pelik ke, bila semua sudah memakai baju masing, semua nya ngam2, mana baju saiz besar tu hilang? Anda pelik aku di sini lagi pelik. Nih berlaku time gentarasa.
Kejadian Kedua
Kehilangan game ps3,game yang berharga S$80.00 boleh hilang begitu aje, lepas cari punya cari, jumpa di sorok kat belakang almari, wah lega seh dapat balik,bila di buka casingnye, hampeh, game nye lenyap, anda pelik , lagi sekali aku lagi pelik. Kejadian ini sunguh pelik (brapa banyak pelik daaa) hingga aku rasa kelakar dan geram. Kalau manusia punya angkara boleh kita slow talk atau bantai jek, tetapi kalau hantu…..hmm cam ner eh. Nih plak berlaku kat bilik Durbar 2 masa tuh.

Hantu yang selalu berkait dengan kejadian ini adalah hantu toyol. Mengikut definasi dari kamus dewan yang keempat, Toyol adalah hantu peliharaan yang disuruh mencuri. Mengikut orang2 kita toyol berasal dari makhluk kecil yang dihasilkan oleh bomoh ilmu hitam melalui fetus manusia. Pemelihara toyol biasanya akan membeli atau memuja untuk mendapatkan toyol. Toyol yang dipelihara, dipercayai secara umum sebagai mempunyai bentuk seorang budak kecil berbogel, dengan mata yang merah dan gigi yang tajam. Kononnya, toyol akan dipelihara dalam sebuah botol kecil.

Ada yang mengatakan toyol perlu diberi makan beberapa titik darah dari tuannya sendiri daripada ibu jari tangan atau kaki setiap kali bulan mengambang. Toyol ini juga digunakan untuk mencuri, sabotaj dan melakukan jenayah ringan. Adakah benda2 ini benar…. Wallahu A'lam Bis Sawab.

“Katakanlah: Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidup dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam.” (Al-An’am : 162)

Ikhlas dari Muhammad Ariff Bin Borhanudin a.k.a MataPutih
-DurbarNews