Tuesday, July 7, 2009

Dari Pena Editor
Angkara semangat kekitaan.

~Le Dzar de Francesco
sesajer, dalam mood menulis.

Penat, ngantuk, letih. Beginilah keadaan Editor baru-baru nih, tak seaktif dulu. Maklumlah, dah jarang bersenam. Berjalan pun kurang. Apalah nasib, perut semakin memboyak, rambut semakin botak, kulit semakin gelap, persis seorang pakcik Batam yang dah tak kuasa lagi dengan gaya penampilan diri sendiri. Amboi, kemain exaggerate lagi . Baru-baru nih penulis bagaikan dipanah kesumat sakti, ibarat dihunus keris taming sari, seperti dinodai sembilu menusuk kalbu. AMBOI! Nampak? Nampak? Dah start dah. Jangan memain. Hehe, action jek, bukannyer 'make-sense' pon. Dah lama nih tak tulis artikel. Sebab banyak bahan yang ada dalam 'bank' untuk diterbitkan. Jadi, bila korang nampak segmen "Dari Pena Editor" jek, alamatnya, "bank" DNN dah bank-rupt. Zilch. Kosong.

Alla kullihal, baru-baru nih, penulis berkesempatan untuk memberikan luahan rasa, sekadar berkongsi pendapat dan buah idea tentang semangat kekitaan. Mungkin contoh bagi semangat nih berleluasa di merata kumpulan dikir barat sepelusok Singapura. Tak hairanlah, sebab kesenian dikir barat nih adalah seni yang mengagungkan semangat kekitaan. Namun begitu, apabila penulis melalui proses refleksi, penilaian diri, rasa-rasanya, semangat sedemikian baru sahaja dirasai baru-baru ini. Maklumlah, sebelum dikir barat hadir dalam hidup ini, penulis akur, sikap individualistik membakar dalam nadi, berdenyut melalui setiap saluran darah arteri, vein dan kapilari.

Apakan tidak? Hamba dibesarkan dalam suasana yang kompetetif. Ibarat dunia anjing makan anjing. Sanggup berbuat apa sahaja demi mendapatkan yang terbaik. Dipankin pula dengan ibu bapa yang senantiasa mengharapkan yang terbaik untuk anak-anaknya. Sekiranya pulang dengan markah yang tak seberapa, atau malas hendak belajar, siap rotan hinggap ke tubuh badan. Berbilai, alahai. Peringkat menengah diletakkan ke sekolah cina. Akhirnya, dihina. Peringat Pra-U pula tak boleh masuk poly. Maktab Rendah saja. Markah pun jadi rendah. Kesian kan? Boleh buat soap opera. Seratus episod lamanya. Yang aku tulis rima-rima nih apa kejadah...

Jadi, memanglah, biler akhirnya sampai kat sini, susah nah nak bergaul. Setahun dua, diam jek. Duduk one corner, tak campur budak-budak lama. Penulis macam tak tahu gitu. Tak social. Sekadar datang untuk main dikir jer. Nak perform, nak tunjuk gaya. Tak dapat rasa apa yang dorang rasakan sejak bertahun lamanya. Tak faham erti semangat kekitaan Durbar Dua. Jadi bila dah dapat rasa, hati pun lega. Ni bukan konotasi seksual la, cuma rasa part of keluarga. Sesungguhnya masih banyak lagi yang perlu dipelajari dari mereka, walaupun kadang kala, aku step pandai giler. Sampai Mon selalu balas dengan menjilat telinga. Telinga aku, bukan telinga dia.

PS: Mon, stop it please. I beg you. Its unhygenic. Serious. Kenapa ko suka sangat seksa aku. Telinga aku ada perisa oren ker, sampai ko selalu "surprise" jilat? - DurbarNews