Thursday, July 30, 2009

"Complain Culture" @ PRP 09
- A Singaporean trait...

~bersama Kak C
Kaki Complain Correspondent

Naik mrt, bau kaki complain. Tunggu traffic light lama sikit... complain. Makan keropok tengik... takut nak complain, sebab baru baca artikel sebelumnya... Pendek kata, asyik-asyik nak komplain, komplain, komplain. Takkan ada penghabisannya.

Ni pertandingan baru sahaja lepas.... ada lagi segerombolan manusia yang datang kehadapan, bukan secara bersemuka atau secara professional, tetapi melalui wadah internet untuk... COMPLAIN. Selalunya, yang complain mestilah orang yang tidak berpuas hati dengan keputusan pengadil. Dalam erti kata lain, orang yang kalah atau rasa markah mereka sepatutnya lebih tinggi daripada apa yang mereka terima. Sejauh ni, yang menang tak pernah complain... kalau ada, akak dah beli lottery dah... Tidak semestinya setiap pertandingan ada buruknya aje kan. Kalau kita asyik nak complain aje, kita akan lupa nak tengok benda-benda baik atau nilai-nilai positif yang berada di hadapan mata. Ok, akak sekadar hendak berkongsi pendapat sedikit tentang Piala Raja Panggung 2009:

Yang Best...
1. Penjagaan Masa:
Baik. Ini merupakan kali pertama akak tunggu keputusan sewaktu langit masih cerah lagi. Memandangkan pertandingan diadakan pada hari Ahad, baguslah kalau habis awal. Boleh balik awal dan rehat sebelum menempuh hari Isnin yang menjelang tiba...

2. Muka-muka Baru
Banyak kumpulan-kumpulan baru yang menyertai pertandingan ini... dan terdapat juga beberapa yang mampu melayakkan diri ke peringkat akhir. Syabas! Namun demikian, jangan cepat berpuas hati... harus tingkatkan prestasi lagi!

Yang Kurang Gerek....
1. Sound system
Sound system kurang baik. Terdapat maklum balas daripada penonton yang berpendapat sound system "mendak". Akak pun tunggu results macam tak dengar sangat... Cuma orang-orang yang duduk dekat dengan speakers aje yang boleh dengar dengan jelas.

2. Kontroversi tentang Pemilihan Pengadil
Hah, ni yang tengah kecoh ni. Ingat sikit, kita semua manusia... Ada perasaan. Sebelum nak mengutuk orang tu, fikir dulu... kang diberikan balasan setimpal baru tauuuuu... Hidup ini ada karma tau? Kalau tak suka pengadil sebab... mungkin dia tak credible ke, sombong ke, tak ble percaye ke, tak hensem, tak sexy ke... ambil jalan yang terbaik iaitu, pilih competition. Tak suka, jangan masuk. Suka? Hah, baru masuk bertanding. Apa lah sangat... Ni blakang hari baru nak komplain buat panas cuping telinga.

Akhir kata, tahniah kepada Durbar Dua kerana layak memasuki peringkat akhir... dan kepada dwi durrah, berdasarkan pemarkahan dan desas-desus, anda berpotensi tinggi. Justeru, jangan putus asa, eratkan persahabatan dan berlatih dengan lebih gigih lagi. - DurbarNews