Sunday, June 28, 2009

Tauhid Menang!
Para pengadil mengumumkan 'reverse decision'.

Video perjalanan kami ke perlawanan antara Tauhid dan Mat Saleh Sweden dari NUS. Check gambar-gambar di sidebar!

Tauhid dimerdekakan daripada jajahan Sweden selepas para pengadil membuat sebuah keputusan kontroversi pada minit-minit akhir pertandingan. Pada awalnya, Jans, penuntut NUS berketerunan Sweden, ditabalkan pemenang bagi pusingan separuh akhir. Namun begitu, setelah mengadakan mesyuarat untuk semak permarkahan, para pengadil akur bahawa Tauhid merupakan peserta yang lebih aggresif serta layak masuk ke peringkat seterusnya.

Berita baik tersebut hanya kekal sementara kerana selepas pemerikaan teliti dari pakar perubatan yang hadir di sana, kecederaan yang dialami Tauhid tidak membenarkannya untuk melanjutkan perlawanan peringkat akhir. Lebam-lebam yang diraih semasa pertarungan serta kecederaan lama di lututnya datang menghantui Sdr Tauhid semula. Lantas, dengan secara automatis, sebuah 'walkover' telah diumumkan dan Tauhid menduduki tempat kedua bagi kelasnya.

Pertarungan yang sengit itu sebenarnya telah bermula sebelum kedua-dua peserta menjejakkan kaki kedalam arena. Jans, dari NUS cuba untuk melakukan permainan minda dan sengaja berlatih hadapan Tauhid untuk memberikan intimidasi. Namun begitu, Sdr Tauhid tetap 'cool' dan melakukan latihan skipping dengan fokus. Sepanjang menunggu giliran bertanding, Tauhid tidak banyak bebual, dan hanya duduk memerhatikan perlawanan lain yang sedang berlangsung. Dalam pusingan pertama, beliau berjaya menjatuhkan Jans. Kedua-duanya mempunyai strategi yang berbeza. Tauhid tampak lebih agresif manakala Jans lebih sabar dan menunggu peluang. Wajah sedih jelas terpampang apabila Jans diumumkan sebagai pemenang pada ketika itu.

Rezeki Tuhan, siapa yang tahu. Selepas empat jam beredar dari arena, kami mendapat SMS dari saudara Black yang mengumumkan bahawa Tauhid telah memenangi pusingan tersebut walaupun pada awalnya Jans ditabalkan juara. Tapi sayang, kaki Tauhid dah bengkak-bengkak, nak jalan pun susah. Walaupun beliau sekadar menduduki tempat kedua, beliau tetap juara dimata kita. Kau powerla Ah Wit. We're proud of you. Serious. No shit. - DurbarNews