Ok, nampaknya email datang mencurah-curah. Terima kasih kepada mereka yang sudi menulis. Tak kisahlah topik apa. Kalau best, kita publish. Kalau tak best pun, kita publish. Pada kali ini kita menerbitkan warkah luahan hati seorang netizen yang tidak mahu namanya disiarkan (cheh, mcm TV jek). Nih bukan artikle ilmiah, lebih berbentuk kepada 'rant' ataupun luahan rasa. Selamat membaca, dan jangan lupa komen :)
"Dulu-Dulu Rumah Kayu,
Sekarang dah rumah batu"
Memang banyak kenangan tak dapat aku tuliskan semua. Arggh!! Asal dulu aku tak beli camera. Haiz. Cuma sekarang aku mampu menukil dengan kata-kata saja. Semakin lama umur semangkin meningkat. Ada dah mula nak simpan duit kahwin, ada yg dah bekerja, ada yg berumah tangga & sebagainya, jadi, secara semua jadi, semangat nak berdikir pon dah kurang. Yg tinggal hanya segelintir saja. Tapi allhamdullilah, ada yg masih semangat sampai sekarang. Masih lagi aktif. Biasalah banyak yang kita tempuh dalam perjalanan, ups n downs dah memang asam garam hidup dalam kumpulan.
Tapi aku bersyukur sampai sekarang, kita masih lagi dapat bertahan. Mcm DNN cakap, klo ada anak dah besar panjang pon. Yang penting, setiap masalah kita tempohi selalunya akan menjadi pelajaran. Ibarat kata, memperbaiki masalah agar ianya tidak berulang lagi. Sekarang kita dah ada committee yg stable. Sekarang kita ada banyak aktiviti-aktiviti. Sekarang dah ada bilik sendiri. Ramai dah ada transport sendiri. Plan-plan pun lebih teratur. Sekarang cara dikir pon dah ubah sikit mengikut peredaran masa tapi masih lagi kekalkan unsur-unsur dikir barat. Sekarang bila buat show pun bukan lagi dikir jer, drama & tarian pon diambil kira. Ramai yang dah boleh memikul jawatan penting dengan menitik beratkan tanggungjawab sendiri.....
Banyak perubahan berlaku tanpa kita sedari. Sekarang pun kita dah lebih terbuka dari segi meluahkan pandangan. Dah tak main simpan-simpan, takut nanti jadi KUMAN. Ala, bahasa omputehnya "VIRUS". Meh aku kasi contoh kuman yang aku maksudkan.
"Dah lain ah dikir sekarang."
"Aku tak suka ditu ah, aku tak suka si dekni"
"Kauz... Rabak seh tak ajak. Mentang-mentang kau 'au' dengan dier,"
Puak-puak, simpan-simpan, title orang lama, orang baru dan ciri-ciri hypokrit. Ubat untuk KUMAN ini adalah perbincangan dan keterbukaan. Masalahnya dulu kita jarang berbincang, hanya bebual antara seglintir kaum puak. Oleh kerana segilintir itulah ia bole membawa bencana. Tiba-tiba dapat tau, nak keluar kumpulan. Takda perbincangan. Andainya klo kita berbincang, insyallah masalah semua dapat diselesaikan dengan baik. "Tepok dada tanya selera", sumpah, aku tak paham apa maksud pepatah tuh. Tak logik. Takde protokol. Nak berhenti keja pon mesti ada surat, ada sebab. Ini semua gara-gara tergesa-tergesa buat keputusan.
Memang, kalau kita hidup dalam memori yang indah jer, memang layan beb. Tapi hidup ni mesti menuju ke depan. Yg lama dijadikan ikhtibar, pelajaran & kenangan. Kalau tak tau jgn asal boleh rembat je. Parah. Klo arah tuju tak betol, siang-siang dah tutup kedai gaknye. Nak tau perkembangan kami, rajin-rajinlah turon. Ibarat kata, masuk tak perlu undang, keluar tak dihalang. Klo rasa boring kat umah tu, telefonlah member-member tanya ada plan ketak. Takkanlah kita tak nak ajak.
"Dulu-dulu rumah kayu, sekarang dah rumah batu". Dalam hidup ni mesti ada perubahan & terpulang pada kita untuk menyesuaikan diri. Insha allah, setiap perubahan yg baik itu akan dibalaskan dengan kemajuan. Harap maklum bahawa cerita ini adalah khas untuk Umum, jadi siapa yg terasa pedas tu, jgn marah eh. Wassalam.
Ikhlas dari,
Monyet yg bermata lari-lari.Nama kumpulan "Seri Rahsia"