Friday, June 26, 2009

Innalillah! Malapetaka!
Relek, members belum kiok lagi, masih idop beb.
Inilah antara suspek terbaru yang kene perintah berkurung. Mereka mungkin terkena kesan virus flu babi.

Luqman dan Fifi suspek kuat kene Flu Babi! Yer betul! Tapi takla rabak sangat. Mereka belum jatuh sakit pun. Mereka berdua, sepasang kekasih yang boleh dikatakan dah lama sikit steady, telah diarah oleh pegawai CDC untuk perintah berkurung. Langkah berjaga-jaga itu dilangsungkan setelah Luqman dan Fifi didapati lepak dengan seorang members mereka yang mungkin terkena wabak H1N1. Individu tersebut, Adam (bukan nama sebenar), mungkin telah menjangkiti flu babi dari seorang NSF, yang kebetulan dari camp yang sama.

Mereka berdua akan menjalankan quarantine order selama 7 hari berturut-turut, untuk memastikan bahawa simtom flu babi tak menular di tubuh masing-masing. Maklumlah, simtom flu babi hanya akan menonjol selepas 3 hari ianya dijangkiti. Kadar kematian bagi wabak selsema ini adalah 0.37%, atau 7 kematian bagi setiap 1000 orang. Moga-moga mereka berdua dalam keadaan sihat waalfiat. Team DNN menyarankan agar diadakan 'temperature taking exercise' pada setiap sesi latihan. Kalau nak kenakan perintah berkurung, kita ada bilek spare untuk kurungkan orang. Siap dengan pintu besi 14 inch tebal. Bomb shelter quality. - DurbarNews