Dwi Durrah mulakan latihan bersama.
Fuh, kalaulah latihan bagi kaum Adam dapat diramaikan macam nih. Confirm meletup. Sejurus selepas mengambil gambar nih, jumlah pendikir wanita mencecah tiga row. Dashyat.
Walaupun rangka bagi set persembahan belum lagi ditetapkan, mereka melalui latihan ini dengan mendendangkan beberapa lagu asli untuk memanaskan badan. Cakap pasal panas-panas nih, suasana dalam bilik training agak hot juga, memandangkan ramai juga ahli kerabat Durbar Dua yang turun. Andaian yang berligar bagi fenomena sedemikian mungkin disebabkan members kita yang saja nak mencuci mata. Iyerlah, timbul rasa kagum. Selalunya jantan-jantan jer yang melambak kat bilik latihan. Sekali-sekala, nak jugak lihat golongan wanita berdikir, yer tak?
Kami dari Team DNN ingin mengucapkan selamat maju jaya untuk latihan akan datang. Schedule bagi latihan Dwi Durrah akan dimuat naikkan di sini supaya ahli dapat kongsi sama kemudahan internet yang sedia ada. Mudah-mudahan silratulrahim yang terjalin akan lebih utuh dan kunjungan ke website nih bertambah. Akhirul kalam, selamat berdikir. - DurbarNews