Bob Cina (Keris), Norila (Balqis) dah halal.
Friday, June 26, 2009
Alhamdullillah...
Bob Cina (Keris), Norila (Balqis) dah halal.
Kerabat Durbar Dua bergambar dengan pasangan mempelai. Ada banyak lagi gambar-gambar lain. Check kat sidebar, kat "album of the month".
Erti persahabatan tiada batasnya. Begitulah keadaan yang dipamerkan apabila beberapa penggiat seni dari kumpulan yang berbeza hadir dalam majlis akad nikah Sdr Bob Cina dan Sdri Norila. Bob, yang diapit oleh ketua kumpulan Keris, Sdr Syed, lengkap berpakaian Melayu serba merah. Majlis yang dilangsungkan di Masjid Al-Mawaddah tampak gah, dengan pelamin yang siap dibina di tingkat bawah masjid tersebut. Akad dijalankan selepas sholat Isyak, siap ada 'announcement' lagi. Yang kelakarnya, jemaah luar mengucapkan 'selamat pengantin baru' kepada Sdr Syed, sebab pakaian dier pun dah macam pengantin, padahal Bob diri bersebelahan.
Walaupun Bob Cina dan isterinya menjadi daya tarikan utama pada majlis akad, Tok Kadinya pula tiada beza. Lawak jenakanya yang selamba, ibarat seorang tukang karut, memecahkan monotoni sebuah majlis yang selalunya dianggap serius. Maklumlah, humor selalunya dipandang serong dalam formaliti macam nih. Tapi beliau pandai selang-selikan kata-kata. Macam tau jer Bob tengah datang gemuruh. Alhamdullilah, semuanya berjalan dengan lancar, dahpun bergelar suami isteri yang sah.
Kerabat Durbar Dua turut hadir untuk 'menjamah' suasana serta makanan yang sedia ada. Nasi minyak beb, bukan selalu makan. Latihan dikir barat dijalankan seperti biasa, di Sengkang Riverside Park, selepas majlis akad. Akhir kata, kami dari kerabat Durbar Dua, ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Sdr Bob serta isterinya Norila. Moga-moga mahligai yang dibina berkekalan hingga ke akhir hayat, hingga ke pintu syurga, insha allah. Hujung minggu nih, Imran Keris plak yang nak kawin. Isa, ko plak biler? Jual mahal ah ko. - DurbarNews
Bob Cina (Keris), Norila (Balqis) dah halal.