Friday, May 29, 2009

Nota dari Hamba yang Jahil

SUAMI ISTERI BUSUKKAN ISLAM
Bilakah ia akan berakhir?


~ Le AnaEnte
Columnist warak siket

Baru-baru ini, sepasang suami isteri ditangkap kerana menyebarkan risalah yang mengutuk serta mengherdik Islam. Mereka memberikan naskah-naskah 'evangelical' yang membusukkan nama baik Islam. Saya rasa, anda pun mungkin pernah membacanya. Menurut pengalaman peribadi, saya juga pernah menerima naskah sedemikian. Tapi tak pastilah, sama ada isi naskah tersebut sama dengan naskah yang saya terima. Di dalam risalah itu, Islam dipaparkan sebagai sebuah agama yang terpesong, dipangkin oleh imej penyembahan orang Islam yang kononnya ditipu Syaitan untuk menyembah 'Tuhan Bulan', ataupun 'The Moon God'. Cerita ini dilukis bersama visual dan karikatur yang agak menarik, mungkin untuk menarik minat golongan muda. Saya rumuskan isi kandungannya di sini:

"Pengunaan bulan sabit dan bintang adalah refleksi penghambaan orang Islam kepada Tuhan Bulan, yang diberikan nama, Hubal. Hubal merupakan sebuah berhala di dalam ka'abah dan hadir 400 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad s.a.w. Istilah 'Allah' juga adalah derivasi istilah 'al-ilah' ataupun 'Tuhan Bulan'. Dalam karikatur tersebut, seorang Muslim sujud dan murtad apabila beliau 'insaf' dan masuk agama Kristian setelah mengetahui kebenarannya."

Ok, masalahnya sekarang, apa reaksi kita? Ini bukan kali pertama ia berlaku. Dalam kronologi penghinaan Islam, banyak sekali contoh-contohnya. Suratkhabar Denmark pada suatu masa pernah melukis karikatur Nabi Muhammad s.a.w. Di Britain pula, Salman Rushdie pernah menerbitkan buku yang mempersoalkan ayat-ayat Al-Quran. Di Singapura pula, dua lelaki pernah ditangkap langsung dipenjarakan sebab tulis blog anti-Islam. Apakah langkah kita selepas ini? Rasa amarah tuh, dalam firasat saya, hanya naluri dan 'totally natural'. Tak salah kalau anda nak rasa marah. Yerla, kita semua Orang Islam. Sama ada kita mempraktikkan rukun Islam atau rukun Iman tuh kadang kala kita belakang kira. Yang penting, pasangan itu telah 'menceroboh' entiti kesucian Islam. Tentu ramai yang akan memaki hamun, dan menyebarkan cerita sedemikian kepada members lain. "EH! Ko tau cerita yang pasal laki bini busukkan nama Islam! Kurang ajar sia! Ada ker patut buat gitu?" Cliche kan? Kita perlu menyisihkan kelakuan sedemikian dan cuba cari punca kemaslahatan yang kita hadapi. Di sini, saya percaya, ianya bermula dari kekurangan ilmu, dari pasangan Kristian tersebut. Izinkan saya menjelaskan.

Pengunaan bulan sabit dan bintang sebagai logo sebenarnya bukan kepunyaan Orang Islam. Ianya pernah digunakan oleh tentera Cina, Yunani (Greek) dan Rumawi (Rome). Hanya pada zaman kerajaan Ottomon ataupun Turki Uthmani, selepas menumpaskan kerajaan Rumawi sendiri, mereka mengambil simbol tersebut untuk melambangkan kerajaan Turki. Lantas, pengunaan moden bulan sabit dan bintang bermula. Umat Islam dikaitkan dengan simbol tersebut dan pada hari ini, ianya digunakan hampir di kesemua masjid di seluruh dunia. Itu jer. Hanya sebuah simbol atau lambang yang Nabi Muhammad s.a.w sendiri tidak pernah menggunakan.

Alangkah indah, sekiranya kita, dalam dakwah masing-masing, mampu memberikan penjelasan sedemikian selepas menerima risalah tersebut? Mungkin mereka yang menyebarkan naskah pada masa itu akan berasa janggal dan meminta maaf. Praktik dakwah bukan terkongkong dalam memberikan ceramah kat dalam masjid sahaja. Kita, selaku manusia yang kadang-kala dalam keadaan jahil ilmu agama, juga memainkan peranan besar. Berani saya katakan, besar giler. Sebab, kita lebih terdedah kepada lingkungan sosial yang lebih besar. Kita berinteraksi bersama orang yang berlainan bangsa, berlainan agama. Dalam satu masa, kemungkinan besar persoalan agama akan timbul. Jangan kita main jawab jer kalau tak pasti. Cukuplah dengan sekadar, "Let me read up on it first, bro. I am not sure of the answer actually." Sedar tak sedar, apabila kita berbuat sedemikian, sebenarnya, kita telah menunjukkan komitmen untuk mengetahui Islam dengan lebih mendalam. Hah, kalau dah cakap tuh, jangan lupa untuk lakukan plak. Hehehe. Wallahualam bissawab. - DurbarNews