A new milestone dalam sejarah Durbar Dua. 40,000 hits in 16 months.Lelaman DNN dah cecah 40,000 site visits la seh! Apa yang membuat statistik ini memberangsangkan adalah ianya dikecapi dalam jangka masa kurang 2 tahun, lebih tepat lagi, 16 bulan. Site DNN dilawati lebih 80 kali sehari, 14% lebih tinggi daripada statistik tahun lalu, yang sekadar mencecah 70 kali sehari. Itupun setelah dipukul rata. Kalau ikut statistik pada dua hari yang lepas, kita dapat cecah 250 hits dalam sehari. Itupun, paham-paham ajalah, berita hangat. Dalam hari-hari mendak, taklah sampai mcm tuh. Walaubagaimanapun, alhamdulillah, ada kemajuan. Jangan bimbang, tidak seperti desas desus yang anda dengarkan, DNN tidak meraih apa-apa keuntungan daripada jumlah site visits. Cuma kita rasa 'shiok' jer. Implikasinya di sini bukan untuk riak, tetapi statistik sedemikian menunjukkan bahawa sudah semakin ramai aktivis yang 'net-savvy', dan lebih terdedah kepada cybermedia, sesuai dengan kemajuan teknologi yang sekian ada. Sekali lagi, sekalung budi kepada mereka yang sudi untuk menjenguk lelaman kami, tidak kira apapun niatnya.
Lingkaran baru segmen video Durbar News Network. Lagi kemas sikit.
Hah, ada lagi.... Site bagi lingkaran 'vlog' sudah dikemaskinikan. Memandangkan video-video kami pada tahun ini lebih berkualiti daripada video-video tahun sebelumnya, ia telahpun dimuat-naikkan, sebagai ganti video-video yang dah lapuk. Lihat saja gambar-gambar di bawah. Fuh, dah gerek, kan (masuk bakul angkat sendiri)? Hot favourites seperti kedua-dua advertisement PBP09, MTV Jalan Raya, highlights perlawanan bolasepak pun ada! Sekiranya anda dapat lihat di sebelah kiri (click to enlarge), playlist kiter pun dah 'refresh'. Jadi kalau tak ada kerja sempena cuti hari buruh ni, sudilah jengok-jengok, buatla macam homepage sendiri. Ah! Lupa plak. Bagi mereka yang hendak mencuba nasib untuk pertandingan seni suara setempat, Anugerah, semoga berjaya. Lebih-lebih lagi kepada dua 'Anugerah hopefuls' kita, Sdr Biggy dan Sdr Apu. Ikut dan patuhlah peraturan yang ditetapkan penganjur Anugerah. Kalau dorang suruh slim down, janganlah korang gi lantak burger hari-hari. Rajin-rajinlah ke gimnasium untuk melangsingkan badan. Jangan kene disqualified sua. Hehehehe.
- DurbarNews