Monday, May 25, 2009

'Columnist' baru joins editorial...

Ok! Nampaknya, DNN berjaya recruit satu lagi columnist yang boleh sedekahkan satu artkel setiap minggu. Dengan segala hormatnya, kami mempersembahkan, penulis terbaru kami, seorang yang agak hot, hot mummy, i loike. Actually, aku tak berapa kenal sangat tapi dia mcm tau banyak pasal dikir sebab dia pun kirerkan orang lama jugak. Jumpa pun tak pernah. Sekadar email jer. Tapi takperlakan, yang penting, isi luahan hati. Silakan, Kak C...

D for... DISCIPLINE.
Penghambat atau Pemangkin?

~Oleh Kak C
Hah, baru-baru ni akak ada jugak berbual dengan seorang teman di warung kopi.. Akak kata, akak paling tak suka tengok members akak yang sebaju merokok sambil memakai kemaja-t kumpulan. Teman baik akak ni pulak memberi respons yang berbeza, "EH, kau ingat ni dikir barat time 90's ke? Mana ada kumpulan sekarang buat macam tu?"

Bila sebut time dikir zaman 90an ni, akak tak berapa tau lah sebab akak ni muda lagi zaman tu .. tapi kalau betul lah kumpulan dikir masa tu buat macam tu, kenapa kita tak boleh kekalkan peraturan-peraturan tu semua? Bukankah dapat dijaga tatatertib kumpulan? Ada jugak beberapa perkara yang akak rasa macam nak timbulkan sebab telah diterima pakai sebagai amalan atau norma kumpulan dikir Singapura, mungkin tanpa kita sedarinya...

1. Bersalaman
Kelmarin masa menonton sebuah persembahan dikir barat di daerah utara Singapura, seorang aktivis dikir daripada sebuah kumpulan yang telah mapan telah menolak tawaran untuk bersalaman dengan seorang pendikir wanita. "Batal air sembahyang..." seloroh kawan tu. Sejuk hati akak dengar dia cakap macam tu. Sebab sekarang ni, bersalaman di antara wanita dan lelaki terutama dalam arena seni dikir dianggap perkara biasa.

Ada pulak tu yang "take it to the next level" dengan memberi pelukan mesra dan ciuman di pipi untuk menggantikan ucapan "hello". ( Oohh hot bebeh..takleh carry akak...)

Ada pulak yang tidak mahu bersalaman, sebab takut "terkena". Tak tahulah kesahihannya, tetapi dengar-dengar masih wujud lagi ilmu-ilmu terlarang dalam seni dikir ini. Akak tak berani nak komen part ni.... takut. Percaya ke tidak, terpulanglah kepada pandangan setiap individu.

2. Pakaian
Ketika di sebuah pertandingan yang diadakan baru-baru ni, terdapat beberapa orang pendikir wanita yang naik atas pentas dengan memakai pakaian yang menggiurkan. Hah, apa lagi bersorak kesukaan lah para pendikir lelaki yang menonton.

Akak rasa, macam tak manis lah, para pendikir wanita pakai seluar pendek dan baju yang menampakkan dada dan lengan... tetapi kelihatannya seperti sudah menjadi perkara biasa di pertandingan dikir Singapura. Ada pulak tu pendikir yang memang main dikir barat hanya kerana ingin mencari pasangan.. agaknya sebab itulah pakaian yang dikenakan mesti yang menarik perhatian.

Namun demikian, masih juga ada beberapa kumpulan Dikir Singapura yang selalu menjaga ketertiban dari aspek pakaian. Hah, kumpulan-kumpulan tu memang Kak C feveret sangat.

3. Merokok
Mungkin akak ni old-fashioned... tetapi akak memang tak suka lah tengok budak-budak dikir hisap rokok beramai-ramai... asal keluar dari balai rakyat selepas pertandingan aje, fuhhhh smoke machine lah seh.

Buat yang sudah berumur 18 ke atas, ok lah sekurang-kurangnya tidak melanggar undang-undang. Namun, masalahnya, jikalau kita mengamalkan budaya hisap rokok secara kolektif setiap kali adanya pertandingan dikir barat, bukankah satu hari budaya ini akan dilihat sebagai sebahagian daripada aktiviti wajib pendikir Singapura? Kalau misal kata, budak-budak muda kita lepasan sekolah menengah melihat perkara begini berlaku, mesti nak ikut sama bukan?

Sebaik-baiknya jauhilah rokok. Bukan apa, akak C tidak hendak lihat para pendikir kita ni didampingi pelbagai penyakit di hari tua nanti...

4. Menegur-sapa
Ada beberapa kumpulan di Singapura yang tidak menegur kenalan-kenalan mereka sebelum mereka menaiki pentas, mungkin atas sebab ingin fokus pada isi persembahan masing-masing dan juga demi memelihara nama kumpulan. Akak setuju dengan pandangan ni, sebab kadang-kadang kalau kita asyik sibuk hendak berbual sahaja, habislah lari fokus dan terjejas persembahan atas pentas.

Namun demikian, janganlah hidung tinggi. Kalau sudah selesai persembahan, kalau ditegur secara baik, balaslah senyuman atau teguran itu. Senyuman itu kan sedekah. Tak rugi satu sen kalau membalasnya. Asalkan, jangan terpekik-terlolong dan mengganggu ketenteraman awam.

5. Bersorak
Bersorak menyokong kumpulan idaman memang dapat meningkatkan semangat dan prestasi kumpulan tersebut. Namun demikian, akak tengok kadang-kala para pendikir ni ada yang melontarkan tomahan kata yang pedas dan biadap ketika menonton persembahan kumpulan yang mereka benci.

Tak elok semaikan benih kebencian. Memang setiap orang dibenarkan mempunyai pendapat sendiri, tetapi sebelum kita melontarkan kata-kata pedas itu ingatlah... setiap kumpulan telah bertungkus-lumus membina persembahan masing-masing. Terutama sekali kumpulan-kumpulan baru... asyik kena kutuk sahaja. Mereka ni yang sepatutnya kita berikan semangat, kerana walaupun kerapkali tidak berjaya, mereka masih berani bergiat dan bertanding tanpa berputus asa.

Adeiiii... Panjang lebar sudah komentar Kak C ni... Sampai di sini sahaja artikel Kak C kali ini. Pada pendapat Kak C, disiplin itu perlu buat tiap kumpulan kerana ia dapat menjauhkan kumpulan daripada anasir-anasir negatif dan menjadi pemangkin kejayaan.

Namun demikian, pandangan ini hanya buat renungan ramai, diharapkan tidak menimbulkan kemarahan daripada mana-mana pihak.

Okay, Kak C hendak bersiar-siar di Orchard Rd. Kalau ada yang menarik nanti Kak C kongsi lagi. Tata! - DurbarNews