Thursday, May 28, 2009

"LIVE" FINALS UPDATE
Artikel ini ditulis sambil menonton finals dan makan meggi

3.00 am: Editor DNN, Le Dzar de Francesco, menulis laporan ini secara lintas langsung, sambil menonton Peringkat Akhir Liga Champions. Tidak seperti majoriti Durbar Dua, beliau merupakan antara kaum minoriti yang tak support Manchester United. Selamat membaca.

Halermark, belom sempat aku bukak nih blogpot, Eto dah score. Apedah, camana nak tulis secara 'live' nih. Dasyatnah dia celebrate. Macam ala-ala joget Afrika. Baik ah Eto! Nampaknya, Man Utd terkial untuk kontrol permainan. Ronaldo setakat melepaskan rembatan jarak jauh jer. Istilah 'spray and pray'. Park Ji Sung plak macam 'outclassed'. Tapi tahniah atas penampilan sulungnya di peringkat akhir Champions League. Ini bermakna, beliau orang Asia pertama yang masuk final nih. Kalau anda telitikan kesemua pemain yang ada dalam padang, fuh, indah. Ada pemain dari setiap pelusuk dunia. Orang Afrika, Perancis, Asia, Omputeh, Sepanyol, Amerika Selatan, dan banyak lagi. Ok, ok, sambung tengok, nanti score aku type lagi...

Half time ah. Live streaming aku tak brapa baik. Kene cari link yang tak 'lag' nih. Masuk nih, dah 10 lebih streaming site aku masuk, satu pun tak lepas. Moral of the story: Beli 'cabel tv'...

Wuuuiiihhh.. Jari jemariku menggeletar sambil tulis laporan nih. Apakan tidak. Aku baru saja menyaksikan Lionel Messi menanduk bola ke gawang Man Utd. Pemain yang pendek tapi skill giler nak mampus. Selaku penyokong kelab ABU (Anything but United), aku tak leh tahan kegembiraan. Nih pun tengok lintas langsung dari live streaming. Commentator dier orang Sepanyol. Sepatah haram pun aku tak paham. Tapi, biler intonasi dier naik, fuh, darah gemuruh kemain lagi. Nampaknya serangan datang bertubi-tubi dari kedua-dua pihak. Ronaldo depan-depan gol pun takle score. Man Utd mcm kene bungkus jer. Aku takle bayangkan bebudak Durbar Dua yang tengah tengok match nih kat St James. Mesti satu-satu muka boring. Hahaha.. jom, tengok lagi... Sambil-sambil tuh nak sms dan sakat dorang..

FULL TIME!!! Pengadil meniup wisel tiga kali, menandakan tamatnya perlawanan ini! Memang tidak dinafikan, Barcelona CF merupakan pasukan yang lebih superior jika hendak dibandingkan dengan Man Utd. Pemain semua tengah bersalaman antara satu sama lain. Permandangan yang sungguh indah di Rome. Johan Cruyff pun ada turut sama meraikan kemenangan ini. Dan sekarang, replay demi replay dimainkan lagi di depan mata saya. Power sungguh gol yang ditayangkan secara 'slow motion'. Wow. Dan seperti biasa, sekarang, kita dapat lihat Cristiano Ronaldo tengah nangis. Kesian dier. Dan sekarang pula, Barca angkat cup. Sekali lagi, wow. Pemain tampak saling berpelukkan dan berkucupan. Hanya pada masa inilah, pelukkan serta kucupan diantara lelaki diterima, kerana saya pasti, pada masa lain, ianya tentu dianggap sebagai satu perbuatan yang agak 'gay'. Itu sahaja, live, dari saya di DNN, semoga anda terhibur hati, seperti saya, sekian, Le Dzar de Francesco, lintas langsung dari Rome, wassalam, balik ke angkasapuri... - DurbarNews

gambar dipetik dari www.soccernet.com