Wednesday, April 29, 2009

Tengah Hari, LATEST.

Saga Durbar Dua Diulaskan
pihak penganjur menjawab pertanyaan 'dikir'

Isu hubung kait penguguran Durbar Dua dari Piala KGMS dileraikan, untuk menjawab pertanyaan netizen misteri, 'dikir'. Sila rujuk ke lelaman berikut untuk melihat penjelasan penuh.
http://pialakgms.blogspot.com/2009/04/isu-pengguguran-kumpulan-durbar-dua.html

DNN HQ - Lelaman rasmi Piala KGMS telah memberikan ulasan tentang keguguran penyertaan Durbar Dua sebagai jawapan bagi pertanyaan netizen misteri, 'dikir'. Baca dengan hati yang terbuka, dan buatlah penilaian sendiri. Walaupun hasrat kami menerbitkan artikel di sini hanyalah untuk pembacaan umum dan memberi kesedaran kepada penggiat seni dikir, tidak pula kami sangkakan, ada yang mengajukan dasar-dasar yang diutarakan terus kepada pihak penganjur. "Things happen for a reason", bagi setiap perkara yang berlaku, pasti ada sebabnya. Tatkala di saat ini, kerabat Durbar Dua masih lagi menjilat luka-luka yang diraih. Moga-moga diberi kekuatan untuk mengharungi badai ini, insha Allah.

Daripada pandangan peribadi, teringat pula masa Piala Buluh Perindu, adegan yang mana para netizen mahukan pihak penganjur untuk melepaskan rubrik dan pembahagian markah secara khusus supaya dapat menilaikan persembahan sendiri, walaupun pada awalnya, sudah diberikan markah keseluruhan. Ini mencerminkan sikap ketidakpuasan dan perasaan sangsi tentang integriti sesebuah pertandingan itu sendiri. Walaupun banyak lagi yang boleh dipersoalkan tentang ulasan yang baru diberikan pihak penganjur pertandingan KGMS, ingin ditekankan sekali lagi, tindakan sedemikian adalah tidak wajar dan tidak menyumbang kepada mana-mana pihak kerana isu-isu akan 'snowball'. Natijahnya, kalau sambung perbahasan sekalipun, masalah tidak akan selesai. Lantas, perlunya sikap matang dalam hal ini. Seperti yang dikatakan dalam artikel sebelumnya,

"DNN tidak menuding jari ke arah sesiapa, pihak penganjur mahupun wakil Durbar Dua yang telah dihantar ke sesi taklimat. Sebagai peserta, kami hanya akur dan patuh terhadap tindakan yang telah dijalankan."
(Artikel, "Durbar Dua Digugurkan Dari Piala KGMS", Isnin, 27-04-09)

-DurbarNews