Thursday, April 30, 2009

Makan Orang

Siri rancangan memasak - Makan Orang
untuk pendikir yang lapar di rumah, tapi tak tahu masak.

Ok, sumpah, aku bosan giler tunggu debrief. Semua tengah sibuk time tuh, jadi aku pun menyebok. Maka lahirlah: Makan Orang, Episode Pertama, rancangan memasak Chef Mon-Stir

Ok, pada kali ini, DNN pergi menjelajah tempat-tempat makan pula. Di Owen Road! Bagi mereka yang tidak tahu, Sdr Rezal telahpun membuka sebuah gerai makan kat sana. Sebenarnya, hal ini dah lama jugak, cuma sejak kebelakangan nih saja kita bilang. Tempat dia ulu sikit, sebelah dalam dalam himpunan rumah teres. Lebih tepat lagi, di sebelah Carlisle Road, dekat-dekat Mustapha Centre. Ok ok, taklah dekat sangat....jauh sikit. Bagi mereka yang inginkan suasana relaks dan tidak kecoh, mungkin tempat ini sesuai untuk anda. Tinjauan awal Team DNN menunjukkan bahawa ada satu jer kedai Melayu, yaitu kedai Rezal. Kedai dia belum ada nama lagi, jadi mungkin kita akan buat competition untuk kasi nama. Memang banyak pilihan makanan yang disediakan. Satay pun ada la seh.

Tetapi, baru-baru ini, ada satu gerai mama yang baru bukak bersebelahan dengan gerai si Rezal. Fuh, competition kapa. Tapi, janganlah makan dari gerai mama tuh. Hahahah, ish, tak baik seh, orang pun nak berniaga la kan. Tapi, memandangkan trafik pelanggan di daerah sana tidak begitu memuaskan, baik aku promote kedai members sendiri dari kedai mama tuh. Ok, kalau disuruh bagi rating bagi suasana tempat tuh, aku kasi 3 star. Nih citarasa korang la kan. Kalau aku, kene ada banyak movement, kedai tuh mesti kecoh, ada banyak kereta lalu lalang sebelah road ker, banyak orang jalan-jalan ker, baru feeling. Tapi, seperti yang aku katakan, nih citarasa korang. Tempat tuh memang sesuai sekali untuk tempat lepak dan relaks. Tak kecoh. Makanan pulak, rating dia 4 star. Sebab Mon masak dengan penuh kasih sayang. Sampai setiap cebisan nasi diteliti keempukkannya. Fuh, betapa punya dasyat. Jadi, apa korang tunggu lagi, aku pun dah invent catchphrase baru: JOM OWEN!!! - DurbarDua