
Antara semangat dan peperiksaan
Ok! Alhamdulillah, peperiksaan dah lepas, segala macam bentuk assignment pun sudah lepas. Cuma satu sahaja yang masih lagi menggerutukan otak, hal itu tidak lain dan tidak bukan, Piala KGMS peringkat separuh akhir. Letih rasanya, ibarat tidak cukup masa sehingga penulis pun tertanya-tanya mengapa peringat ini diadakan dalam masa yang singkat, sejurus selepas peringkat saringan. Jenuh minda dibuatnya apabila ditugaskan untuk menulis senikata walhal sedang sibuk mempersiapkan diri untuk peperiksaan semester dan terkial-kial untuk menghabiskan tugasan-tugasan sekolah. Dua hari tak tidur beb. Seorang rakan pernah meyatakan, "People don't give a s*** what you do as long as they get what they want." Tapi demi ke-macam-pahaman untuk menegakkan seni (more like terpaksa), saya turutkan jua.
Penyeksaan peringkat separuh akhir tidak habis di situ sahaja. Saya pasti, ramai yang turut terkejar-kejar dengan masa sehingga ada yang perlu mengimbangi perkerjaan, keluarga, dan dikir barat. Dan atas alasan itulah, sudah pasti ramai yang akan menghadapi masalah di tempat kerja, sekolah, mahupun dirumah. Dah sampai tahap tak kisah. Ragam kalau tak style pun takper, janji simple. Lagu yang tak seberapa pun takpa, janji compact. Music kalau tak style takper, janji asas. Macam ala qadar pun takper. Macam ayat Al Asr, Demi masa, sesungguhnya manusia didalam kerugian. Saya bayangkan, itulah mentaliti yang diadaptasi kumpulan dikir masa-masa singkat nih. Sayangkan? Kalaulah masa dipanjangkan, mungkin semangat akan tinggi sikit. Kalaulah ditiadakan separuh akhir, mungkin peringkat akhir akan lebih menggigit kerana masa build-up begitu lama dan sudah tentu ramai yang hendak menunjukkan permainan all-out. Namun begitu, ini hanyalah pandangan dari perspektif seorang individu sahaja. Ianya tidak perlu dipertikaikan kerana sekadar 'cakap lepas'. Selamat mengharungi peringkat seterusnya! Jom training!!! - DurbarNews