Friday, February 13, 2009

Valentine's Day

Dari Wikipedia ke bahasa pasar...
Memberitahu yang tak tahu dan malas nak tahu

Nama Valentine nih sebenarnya adalah istilah orang Nasrani (Kristian) dulu-dulu yang mati syahid (matyrs). Alah, macam dalam Islam, orang-orang yang berjihad dinamakan Mujahideen. Dalam Kristianiti, orang-orang yang syahid dinamakan St Valentine. Dalam sejarah mereka, ada tiga members yang dipanggil St Valentines. Mereka adalah, Valentine of Rome dan Valentine of Terni. Namun begitu, matinya mereka actually takder kene mengener langsung dengan percintaan ataupun romantism. Sememangnya, tiada yang romantik sangat tentang kematian. Kalau hero Hindustan mati kene bunuh penjahat sebab dia nak selamatkan wanita, mungkin agak romantik jugaklah kan. Tapi seperti yang dikatakan, kematian mereka memang takda kene mengener dengan percintaan.

Tadi aku ada katakan ada tiga St Valentines (tambah "s" sebab plural). Dah cakap pasal dua. Haaa, nih aku nak bebual pasal yang ketigak plak. Si St Valentine yang ketiga nih yang buat Valentines Day popular. Tapi ironinya, dia sendiri tak popular sangat sebab ahli sejarah sendiri tak pasti apa nama sebenar dia. Dorang cuma panggil si dekni "St Valentine". Al-kisah, riwayat hidup dekni bersimpul didalam era Raja Rumawi Claudius Kedua. Time tuh, oleh kerana pengaruh Katolik yang kuat giler babs, lelaki-lelaki yang ingin berkhidmat kepada Raja tidak dibenarkan berkahwin sebab si Raja nih percaya bahawa kalau orang bujang dah kawin, dorang dah tak kuat dan tak power. Pendek kata, orang bujang adalah askar yang lebih baik dari orang yang dah kawin. Tahlah eh, actually, ada kesahihan si Raja nih, walaupun secara logika, idea dia boleh dikatakan bodoh.

Jadi, si St Valentine nih pun buatlah khidmat "kahwin seludup", yang mana seseorang bujang tuh akan dinikahkan secara rahsia. Dulu-dulu orang Nasrani dan Katolik nih kuat agama. Dorang takda "pakai buang". Kalau nak "ehem", kene kawin dulu, tak macam zaman sekarang, anything go. Sekali, jeng jeng jeng... Raja Rumawi Claudius Kedua dapat tau plak pasal skim dekni. Abis ah, dia tangkap St Valentine. Letak dalam jel untuk dihukum bunuh. Ah, masa si St Valentine nih masuk dalam jel, dia terpikat dengan seorang wanita dara yang selalu membawanya makanan hari-hari. Pompuan nih adalah anak kepada tukang jaga jel. Tap tup tap tup, dorang jatuh cinta. Tapi oleh kerana Si St Valentine nih tengah tunggu masa jer untuk mati, cinta mereka ibarat cinta terlarang lah nih.

Last sekali, nihla yang paling touching. Sebelum dia nak mati tuh (bukan 14th of Febuari eh), dia ada tinggalkan surat cinta kat wanita yang dia syok tuh. Dalam surat tuh, dia bubuh nama, "From your Valentine". Tarikh 14 Febuari tuh hanyalah hari yang disepakati para paderi Katolik untuk memperingati semua St Valentines yang telah gugur. Namun begitu, dalam pertengahan kurun ke 17, orang-orang Barat pun letak gimmick dan mula kaitkan hari Valentines nih dengan percintaan dan romantisme. Biasalah, dorangkan kreatif. Hari kelahiran Nabi Isa bubuh Santa Claus. Hari Haloween bubuh costume dan gula-gula. Easter pulak pakai arnab dan telur coklat. Haaa, jadi tuh jer. Actually simpulannya, Hari Valentine nih adalah sebenarnya hari memperingati mereka-mereka yang telah syahid menurut kaum Katolik dan Nasrani. Selamat Hari Valentine kat mereka yang akan menyambutnya, ikhlas dari kami, di DNN. - DurbarNews