Saturday, January 10, 2009

Cerita best

"Ini hak aku sahaja dan bukan orang lain!!"
Sebuah 'article' yang ditulis semula dari bahasa Inggeris ke bahasa pasar. (gambar hiasan)

SYDNEY (AFP) - Seorang wanita warga Australi telah didakwa atas tuduhan membunuh Isnin lalu, selepas membakar kemaluan suami yang disyaki berlaku curang terhadapnya. Adus... Dashyatnya! Akibat kecemburuannya itu, api yang pada mula kecil, merebak sehingga membakar seluruh rumah mereka. Menurut laporan Adelaine Advertiser, Rajini Narayan, 44 tahun, memberitahu jirannya, "Actually, aku cuma nak bakar kemaluan laki aku jadi ianya menjadi hak aku sahaja dan bukan orang lain. Aku tak sangka plak rumah terus burn."

Menurut laporan prosecuter (prosecuter cakap orang Melayu aper hah? Tolong dok), suami si Narayan, yang merupakan seorang jurutera, sedang tidur dengan nyenyak apabila isterinya yang cemburu giler babs membasahi bola kemaluannya dengan minyak tanah dan membakarnya pada 8 Disember, tahun lalu.

Api itu kemudian merebak apabila si suami, yang terkejut beruk, melompat kesakitan lalu terlanggar botol-botol arak esklusif (spirit) yang beliau simpan kat dalam bilik. Kerosakan yang berlaku dianggar bernilai sejuta dollar (700,000 dolar Amerika). Rumah kat sebelah pun terjejas. Rabak eh? Narayan, 47 tahun, malangnya telah meninggal minggu lalu. Si isteri masih lagi ditahan dan sedang menjalani ujian psikologi. - AFP

Moral of the story: Jangan scandal dan jangan minum. Sekiranya tergerak hati anda untuk melakukan perkara sedemikian. Ingat sahaja si Narayan yang dibakar kemaluannya sebelum mati dalam keadaan yang penuh hina, semuanya dilakukan oleh isteri yang sebenarnya menyayanginya. Kesiannnnn...