Perlu tingkatkan mutu sekiranya ingin berdepan dengan SDP9590
Highlights dari Kembangan. Maaf kerana qualiti dia rabak. It seems that YouTube lowers the quality selepas upload. (off audio di sidebar)
Kembangan - Durbar Dua mengecapi kemenangan tipis keatas pasukan Dendang Mutiara selepas pasukan tuan rumah diasak pada separuh masa yang pertama. Dendang Mutiara, yang diterajui kapten Ali, telah melancarkan serangan demi serangan berbisa seawal peniupan wisel pertama. Walaupun mereka tampak tajam di atas, Dendang masih mampu untuk mengawal pertahanan. Backline yang begitu disiplin susah sekali untuk ditembusi pasukan Durbar, yang hanya dapat berlari-lari anak mengelilingi 30 yard box.
Dendang Mutiara mendahului permainan dengan gol sulung rembatan salah seorang penyerang mereka (maaf, saya tak tahu namanya, saya tau, bilang plz). Asakan Dendang berterusan sehingga Durbar mendapat tendangan penalti, hasil dari dribble Jappar, yang dijatuhkan di kotak penalti pihak lawan. Botak (bukan nama sebenar) tidak menyesiakan peluang keemasan tersebut dan membalas balik gol suluing Dendang.
Pada minit ke 85, Aidil memecahkan monotoni perlawanan dengan gaya pembawakan bola yang begitu licik, sehingga berjaya untuk memperdayakan barisan pertahanan yang selama ini, begitu disiplin dalam menyekat sebarang percubaan gol Durbar Dua. Penyertaan dua penyerang lagenda yang besar, Biggy dan Apu memeriahkan lagi suasana padang apabila para penyokong memberikan sorakan yang gemuruh kepada mereka, sebagai perangsang dan pembakar semangat. Namun begitu, kemenangan ini tidak mampu diambil secara sambil lewa, kerana masih ada baki satu perlawanan lagi, pada Jumaat ini. - DurbarNews