Wednesday, December 24, 2008

ARRRRRGGGGGHHHHHHHHH!!!

Singapura Kalah Cara Hampeh
Serangan demi serangan yang tidak membuahkan sebarang buah.

Macam mana nak menang makcik? Belum start jer muka dah monyok. Kalau yerpun, senyumla sikit.

Piala AFF Suzuki 2008 Peringat separuh akhir telah meninggalkan kita dengan kesan yang pahit, memandangkan jentera pasukan kita telah pun melancarkan serangan demi serangan ke arah kubu Vietnam, namun begitu, ianya tidak membuahkan sebarang hasil. Menurut statistik amatuer (kita la tuh), DNN telah mengenal pasti kurang lebih sepuluh chances yang mana dorang boleh score tapi buih. Ramai penyokong pasukan Singapura telah balik dalam keadaan botak kerana telah menarik serta mencabut rambut mereka setiap kali Singapura miss. Rabak joy, rabak.

Macam mana tak sakit hati? Agu Casmir, satu-satunya penyerang harapan yang paling fit dalam barisan tujuh penyerang kelihatan amat bodoh sekali setiap kali beliau mendapat bola. Beliau tidak dapat menyaingi tempo permainan yang pantas. Setiap kali Singapura melakukan serangan counter, beliaulah dalang yang memperlahankan rentak permainan. Vietnam dahlah laju. Dia ingat kita main dengan bebudak uni Kemboja keper... Precious pula menjadi badut yang menggelabah setiap kali bola datang ke arahnya. Sampai sekarang, penulis masih tidak boleh 'comprehend', kenapa dan mengapa Raddy Avramovic memilih si dungu nih untuk membarisi pertahanan Singapura.

Johnny Wilkinson pula, yang sedang menjalani pemulihan (bukan pemulihan dadah), disimpan sebagai jeruk di bangku simpanan. Beliau, yang merupakan kunci jentera serangan Singapura, tidak dilepaskan untuk memporak perandakan Vietnam. Mungkin nak simpan untuk Suzuki Cup tahun 2010. Taktik Singapura yang sudah lapuk ala long ball masih lagi digunakan. Ini dengan tidak secara langsung, membuka peluang serta ruang untuk Vietnam bertindak balas. Jelas terbukti apabila pemain pertahanan Singapura tidak dapat menyekat counter attack yang dilakukan oleh pasukan lawan.

Kita pula? Suasana muram mula menyelubungi kami apabila aku menyedari bahawa airhorn yang dibeli dari Mustapha sebenarnya adalah untuk indoor parties, bukan yang kuat giler punya. Wasted my $3. Bunyi macam kentut. Belon-belon inflatable yang memekak giler pula hanya diberikan pada kami during halftime. Tuh pun lepas kita mintak macam nak rak daripada seorang wak yang sedang distribute belon-belon tersebut. Nak beli air? Hampeh. Air dah soldout during halftime. Inilah antara tanda-tanda yang Singapura akan kalah. Dah terbukti pon. Apa nak buat? Tet tet tededet tedededet... (fill in the blank) - DurbarNews