Post Training Activity antara Bendemeer dan Nintendo Wii (video below)
Inilah dia antara members luar kerabat yang datang menjenguk kami. Loving nampak. Hehehe. Rahsia terbongkar.
BISHAN - Jumaat lepas merupakan sebuah kejutan manis bagi kerabat Durbar Dua yang memperlihatkan sekumpulan kecil bebudak Keris turut turun menjamah training kami. Langkah membina ukhwah ini disambut baik kerabat kami memandangkan pertandingan yang akan datang masih lama lagi. Masing-masing nak lepaskan gian dikir. Insha allah, dalam kesempatan yang akan datang, mungkin giliran kita pulak yang menjamah training korang. Latihan tersebut adalah untuk show yang akan datang pada hari minggu ini di Singgahsana Hall. Sayangnyer, nih majlis orang, jadi orang awam dilarang masuk.
Seperti biasa, selepas training, kita lepak kat Bendemeer. Dengan kata lain, Bendemeer nih dah jadi tempat lepak official kita. RK dah tak main lagi sebab mama dia selalu antar order lambat. Abeh dah antar, salah order lagi. Abeh tunggu macam nak rak, sampai cecair gastrik semua menitis keluar kat telinga. Hairan sekali, pada hari itu jugak, tetiba penulis terfikir yang harga makanan kat luar dah semakin tinggi. Sepinggan hidangan jer dah boleh cecah $5. Tambah air dah $7. Tambah rokok dah $19. Kalau kita kali dengan 30 hari, dah nak masuk kurang lebih $500. $500 HANYA untuk lepak makan malam plus rokok. Rabak jugak eh. Di sini DNN ingin mengingatkan anda, kalau boleh, jangan buat tabiat melepak nih sampai jadi sebati macam kami. Rugi.
Bila dah kenyang, perut pun dah senang, jangan lupa untuk bersenam agar perut tuh tak rasa senak sangat. Apa dia kak? Malas? Ok, kalau malas, ikut senaman cara kami... gunakan Nintendo Wii. Inilah console yang sedang digila-gilakan Nas. Nasib baik Rezal ada console, kita pun apa lagi, testing-testing ar. Secara itlak, bende nih memang best giler nak mampus, lebih-lebih lagi kalau rumah anda memang tempak lepak official members-members. Ini kerana, game-game dia, walaupun macam senang, tapi kelakar nak mampus apabila anda melihat gelagat rakan-rakan anda bermain. Namun begitu, sekiranya anda seorang 'gamer', Microsoft Wii bukanlah sebuah console yang afdal untuk menepati nafsu 'gaming'. Sebab graphics tak best sangat. Lagi satu, penat joy. Sapa nak pegi main Nintendo Wii sampai lapan jam? Berpeluh satu badan... (sila off audio imeem di sidebar sebelah kiri dahulu). OK!! AKU TERTULIS "MICROSOFT WII" instead of "NINTENDO WII"!!! please ignore it...