Monday, November 10, 2008

Tahniah! Latest heart attack!

DURBAR DUA THIRD LA SEYYYYY!

Bismillahirrahmanirrahim - Segala puji bagi Allah s.w.t kerana dengan berkatnya, kita dapat menikmati sedikit kemanisan setelah menempuh banyak kepahitan. Kita dikurniakan rezeki yang melimpah walaupun ianya tidak seberapa di mata insan yang lain. Sepertimana yang pernah dikatakan, Tuhan tidak lupa akan hambanya, cuma kita yang sengaja buat-buat lupa tentang kekuasaannya. Sesungguhnya rezeki itu adalah ditangan Tuhan dan kami hanya mampu berdoa agar mendapat secebis limpah rahmatNya.

Walaupun lambang sebuah kemenangan di Mega Perdana merupakan sebuah trophi, ianya tidak dapat dibandingkan ikatan tali silratulrahmi yang diraih sewaktu berlatih, bertelagah dan perkongsian pendapat. Nilai anugerah ini lebih besar dari sebarang hadiah mahupun 'prize money' yang disediakan. Apa yang dipersembahkan hanyalah set dikir barat selama 12 minit di atas pentas. Walhal, yang diperagakan selama berbulan-bulan di dalam latihan itulah, yang menjadi pendukung persahabatan yang terjalin. Lantas, anugerah ini sebenarnya adalah untuk semua kumpulan yang bertanding kerana, sama ada anda akur ataupun tidak, Mega Perdana telah merapatkan lagi sifat kekitaan di kalangan kerabat tersendiri.

Alla kullihal, secara jujur, kami tidak pernah terfikir akan menimang trophi pada Mega Perdana tahun ini kerana set-set yang dibawa kumpulan lain di dalam 'holding area' masa latihan itu sendiri cukup untuk mendirikan bulu roma kepada sesiapa sahaja yang sedang menunggu giliran untuk bertanding. "Frankly speaking, our balls were in our throats". Pencapaian kita melangkah ke peringkat akhir itu sahaja, dalam perangkaan kami, sudah mencukupi. Inikan pula menjamah top three. Perjalanan menuju ke peringkat akhir ini merupakan sebuah detik yang penuh onak dan duri. Apakan tidak, ahli-ahli yang dihantar pada tahun ini jauh berbeza dari sudut kualitas jika hendak dibandingkan dengan Durbar Dua pada tahun 2004 yang tampak lebih mampat. Ini menimbulkan pelbagai kritikan, bukan dari orang luar, tetapi dari akar umbi kami sendiri (nasib baik insan nih dah tak ada), bahwa kita tidak mempunyai harapan untuk maju, apatah lagi untuk bersemuka di peringkat akhir Mega Perdana. Bak kata Obama, "For those of you who question whether the dreams and hopes of our forefathers are still alive in this new generation, tonight is your answer".

Kejayaan ini kami dedikasikan kepada Allahyarham Rasyid, yang tidak pernah kami lupakan, dan kepada Zaki, yang baru sahaja kehilangan bondanya atas seruan Illahi. Tak luput dimamah masa, tak zuhud membabi buta, pegang teguh pada aksara, biar tumpah darah, jangan tumpah maruah. Ikhlas dari kami, Durbar Dua. Wassalam - DurbarNews