Friday, November 21, 2008

mengenali pengarah "Pentas"

Memandangkan aku banyak kene komplain tulis post-post yang serious sejak kebelakangan nih, nari aku tak serious sangat. Jadi, bila Editor tak serious, post-post dia slalunya adalah dalam bahasa pasar.

Sepertimana yang korang semua dah tahu, walaupun ada yang tak tahu, dan segelintir yang tak nak amek tahu, hari ini kita semua akan sama-sama turun kat pementasan "Pentas", mau kasi support sama Haiqel. Maklumla, kita pun baru tahu yang dia direktor mende nih. Tak sangka, dalam diam, ada bakat jugak si Haiqel nih. Mungkin aku terlanjur untuk cakap gitu tapi, fikirkan, dalam banyak-banyak orang kat dalam TP, apasal dorang pilih dekni untuk jadi direktor? Aku rasa bukan pasal dia hensem, sebab kalau dia hensem, dia tak main dikir barat, mungkin jadi budak panggung kot. Bukan budak dikir tak hensem, cuma banyak yang perasan hensem, seperti maskot kita, Encik Black. Mesti dia ada something special gitu... sebab tuh dorang suroh dia jadi pengarah. Nak cakap dia vocal, tak jugak, selalu senyap jer time training. Macam mana pulak dia arah-arah orang? Mungkin dia tidak tunjuk belang kat sesi latihan, cuma kat kampung dia jer. Fuh, betul punya disiplin.

Bila DNN dimaklumkan yang Haiqel nih pengarah Pentas, Editor langsung cakap kat Luqman, members kam-ching-ho-nyer, "Eh, tak sangka eh, si Haiqel tuh boleh tulis-tulis script. Dats very good." Lalu Luqman menjawab dengan penuh selamba, "Errr, actually, he can't ah," sambil tersenyum-senyum kambing. Ko tengok tuh, Haiqel! Betapa kurang hajarnyer members rapat kau. Depan kau bukan main baik, ketawa-ketawa, cucuk-cucuk perut, geletek-geletek, ramas-ramas, tapi kat blakang, kemain politik.. Petikan dibawah nih adalah sejarah ringkas HaiQel, yang aku pasti korang jarang baca sebab dia tak sepopular Elfee Ismail. Kalau korang jumpa dia besok, jangan lupa berikannya salaman dengan genggaman yang erat, sambil membisik ke telinganya, "Tahniah, anda seorang yang berjaya."

"Haiqel telah ditarik masuk ke dalam Durbar Dua oleh Luqman. Mereka berdua merupakan pelajar sepenuh masa di Temasek Poly. Haiqel mula berjinak-jinak dengan dunia dikir barat di alam persekolahannya. Haiqel juga boleh dikatakan menempah sebuah 'dream start' kalam kareer dikirnya kerana sejurus selepas memasuki kerabat kami, beliau terus main untuk Mega. Apakan tidak, beliau, yang berbangsa India, merupakan aset penting bagi Durbar kerana kita kekurangan orang untuk memuatkan kuota '2 non-malay' dalam setiap pertandingan dikir. Pada mulanya, dia macam action giler, muka pun action, jadi kita ingat dia macam 'yek'. Namun begitu, selepas mengenalinya dengan lebih dekat, lepas jalan raya pun jejak rumah dia, kita mendapati bahawa dia actually members yang ok. Walaupun muda, kami berharap beliau dapat menyambung warisan Durbar yang sudah lama bertapak di arena dikir barat. Dia juga takda gelpren, walaupun gambar MSN dia ada gambar girl yang boleh tahan hot."

Akhir kata, selamat berlibur hujung minggu ini. Up next, reviu "Pentas"... - DurbarNews