Tuesday, November 4, 2008

dari pena editor..

DNN HQ - Alhamdulillah, segala puji bagi Tuhan semesta alam, kerana dengan berkat dan restunya, kita masih lagi diberikan kesempatan untuk bangun dari tidur dan menjalani kehidupan seperti hari-hari yang sebelumnya. Ingatlah bahawasanya Tuhan tidak pernah lupa akan hambanya, cuma kita saja yang buat-buat lupa akan kehadirannya. Ramai yang akan tertanya-tanya, "dekni dah kenapa nih?". Haaaa, saja jer, aku boring, nak stail-stail buat opening. Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk memberitahu anda, oleh kerana permintaan yang bertimbun (mcm paham) agar lagu-lagu Durbar diuploadkan, kita sudahpun berbuat demikian (di sidebar, under Audio), hasil penat lelah Sdr Khidir. Anda batu (rock)! Ini yang editor maksudkan. Your contribution matters. Isi kandungan blog ini tidak semestinya disusun oleh satu orang sahaja, baru blog mempunyai elemen dan perspektif yang berbeza. Lantas, dengan tidak secara langsung, kami membuka invitasi ini untuk sesiapa sahaja, sekiranya anda ada pandangan (yang dikir-related), harap dapat forwardkan ke email di sidebar, kami akan merahsiakan identiti dan publish tulisan anda. Insha allah, jika kesampaian, kita akan edit untuk menghaluskan bahasanya sekali. Event ini (ala-ala forum) akan dilakukan selepas Mega, jadi gunakan masa ini untuk mengarang. =)

Profile bagi setiap awok Durbar Dua dah pun updated, daripada orang baru seperti Haikel, kepada orang veteran yang dah lama tak turun seperti Mon dan Matsyah. Profile Bala pun kita dah upload sekali, jadi kalau korang free-free tuh, janganlah asyik tengok-tengok minah kat Friendster atau Facebook, sekali-sekala, kenali members sendiri dengan lebih dekat. Kalau anda perhatikan, radio podcast kita pun dah relek sikit, dan digantikan dengan cebisan video podcast (MTV, trailer). Rasa-rasanya video podcast mcm lebih gerek gitu. Tapi kalau anda masih dahagakan radio podcast, no problem, tapi kasi 'idea'lah. Sejarah aku taruk tuh entah korang baca ker tidak. Maklumla, kalau dah kerabat Durbar tuh, mestilah tau sejarah sendiri, yer tak? Haaa, akhir kata, rajin-rajinlah sacrifice masa untuk turun latihan. Bak kata pepatah yang baru aku cipta, gelpren (yang tak understanding) boleh diganti, kerja (yang tak kasi off) boleh dicari dan sekolah (malam) boleh diponteng. Namun begitu, bukan niat aku untuk suruh korang berbuat demikian. Korang boleh buat, tapi aku tak suruh buat (fuh, permainan ilmu mantik). Akhirul kalam (ijtihad yang laaaraaaa), kepada semua pendikir di Singapura, selamat menjalani ibadah latihan, dan selamat maju jaya di Perdana yang akan datang. - DurbarNews