Monday, November 17, 2008

dari pena editor.. "cukup"

Apabila penulis duduk merenung tagboarg kita yang semakin hari semakin meluap dengan kata-kata yang kurang menyenangkan, lebih-lebih lagi daripada insan-insan yang kononnya budak lama Durbar (saya percaya budak lama Durbar bukan mcm nih), saya teringat akan kata-kata seorang pakar motivasi (afwan, saya lupa namanya), "Jangan biasa berikan pujian. Ianya bererti kita sudah puas dengan sesuatu. Kritikan harus dijadikan motivasi, petrol untuk membakar semangat". Mereka yang selama ini menghilang, melarikan diri dari masalah (menurut golongan ini) , tiba-tiba muncul semula lalu cuba menggugat kebahagiaan serta silratulrahim yang telah terjalin. Mereka ibarat kurap yang susah untuk ditanggalkan walaupun sudah disapu antiseptik. Ibarat kekasih lama yang masih lagi sms-sms dengan anda walaupun telah bertahun berpisah. Mereka ibarat wanita yang cuba untuk merampas suami orang, lantas, dengan tidak secara langsung, meruntuhkan mahligai rumah tangga yang sudah dibina sekian lama.

Tatkala di saat ini, kita tidak perlu lagi menjawab pertanyaan mereka kerana:

1. Siapakah mereka untuk meminta penjelasan dari kami tentang hal ehwal dalam kerabat sedangkan mereka, yang tidak berani untuk bersemuka, mahu kita semukakan hal dalaman?

2. Setiap keluarga mempunyai masalah tersendiri. Lantas, perlu kebijaksanaan ahli-ahli untuk cuba menyelesaikannya. Bukan lari, menghilang, tup-tup, timbul semula, lalu sebarkan gossip yang lemah terasnya.

3. Mereka akan membuahkan soalan-soalan yang berbaur negatif dan tidak masuk akal pada setiap penjelasan yang diberikan. Ibarat orang yahudi di dalam surah Al-Baqarah. Simpulan ceritanya begini.

"Nabi Musa a.s, pada zaman jahiliyah, diminta oleh Allah s.w.t untuk menyampaikan pesanan kepada orang yahudi untuk korbankan seekor sapi betina. Maka mereka berkata, "Apakah kamu hendak menjadikan kami buah ejekkan?" Lantas mereka meminta Nabi Musa untuk menjelaskan sapi betina yang bagaimana, yang mahu dikorbankan. Nabi Musa menjawab, "Sesungguhnya Allah berfirman bahawa sapi betina itu adalah sapi yang tidak tua dan tidak muda; pertengahan". Dengan nada yang angkuh dan tidak puas, mereka bertanya lagi, "Warna apa?". Nabi Musa a.s menjawab, "Kuning tua warnanya, lagi menyenangkan orang-orang yang memandangnya." Masih dengan sikap degil, mereka bertanya lagi, "Bagaimana pula dengan hakikat sapi tersebut? Sesungguhnya, sapi itu masih samar bagi kami". (Al Baqarah, ayat 68-71)

Hampir sahaja Kaum Yahudi tidak melaksanakan perintah tersebut. Natijahnya, kaum ataupun golongan seperti ini akan sentiasa menyoal dan menyoal dan menyoal, bukan untuk keterangan hati, bukan untuk mendapatkan kepastian, tetapi untuk menjatuhkan dan membusukkan insan yang lain agar ego mereka kenyang dek kesengsaraan orang.

4. Mereka cuba untuk mengasingkan jalinan yang ada diantara budak "lama" dan budak "baru". Kedua-kedua pihak perlu untuk memastikan Durbar Dua terus hidup di medan perjuangan seni. Yang lama membina asas, yang baru menyambung warisan. Yang iri hati pulak? Mereka membuat fitnah. Kita tidak pernah mengutuk ahli-ahli lama kerana menghormati perjuangan seni yang terdahulu, namun begitu jengkel dengan mentaliti segelintir yang lemas dengan perasaan hasad, dengki dan megah.

5. Dan, mereka mengaibkan kerabat kami dengan tomahan serta kepalsuan, memalukan kami di khalayak ramai.
Akhir kata, jangan terpengaruh dengan falsafah-falsampah yang bakal meracuni fikiran anda. Pendekatan seperti ini tidak akan meretakkan apa-apa malah menguatkan lagi ukhwah di antara kaum kerabat. Nescaya, orang-orang seperti ini sebenarnya iri dan dahagakan kasih sayang yang sedemikian rupa. Maka saya berkata, "Cukup". - DurbarNews