Friday, November 14, 2008

artsy fartsy podcast

Pernahkah anda mendengar istilah 'sound art'? Kepada anda yang kononnya tuli seni, seperti saya, 'sound art' adalah bunyi-bunyian yang direka si pengamat lalu dibuat 'sound sculpture'. Sekiranya anda peminat sound art, anda boleh diklasifikasikan sebagai golongan masyarakat yang 'artsy fartsy' (yang mana aku menyampah sekali... hehe). Secara terus terang, saya bukan peminat sound art, tetapi lebih kepada kesenian yang visual dan realistik. Namun begitu, DNN podcast, pada kali ini, telah mencuba untuk meneroka dunia 'sound art' dengan mengeksperimentasi bunyi. Oklah, final product dier tidak boleh dilabel sebagai sebuah 'sound sculpture', tetapi, sekadar ingin mencuba-cuba sahaja. Maklumlah, tengah holiday. Interview yang asal akan dinaikmuatkan dalam beberapa hari. Buat masa ini, harap anda terhibur mendengar podcast terbaru kami (yang sedang dimainkan sekarang). - DurbarRadio