Wednesday, November 5, 2008

anjakkan bermula...

gambar-gambar dari www.msnbc.com

CHICAGO - Barack Obama, 47 tahun, seorang senator penggal pertama daripada Illinois, mencipta sejarah Selasa lalu apabila beliau memenangi pilihan raya sebagai presiden kulit hitam pertama Amerika. Ini sekaligus, memecahkan tradisi selama 200 tahun yang mana kesemua presiden Amerika berkulit putih.

Beliau, yang berucap dihadapan lautan manusia seramai 125,000 orang di Grant Park, Chicago, berpendapat bahawa tidak mustahil sekiranya terdapat sejuta lagi rakyat Chicago yang menontonnya di luar taman tersebut.

Dalam ucapannya, beliau berkata, "Sekiranya terdapat insan-insan di luar sana yang masih lagi ragu tentang pegangan serta aspirasi moyang kami, masih lagi sangsi tentang kuasa demokrasi, malam ini, adalah jawapan anda."

"Tua, muda, miskin, kaya, Democrat, Republican, yang berkulit hitam dan juga yang putih, mereka yang berkacukan, orang Timur, mereka yang merupakan orang asli Amerika, yang berlainan orientasi seksual dan yang tidak, yang cacat mahupun yang sempurna, Amerika telah memberikan kenyataan, bahawa kami bukan koleksi negeri merah dan biru, tetapi adalah negeri-negeri bersepadu Amerika (Amerika Syarikat)". - msnbc.com