Thursday, November 27, 2008

AGM 2008

AGM 2008 (Annual General Meeting) yang telah diadakan semalam berjalan dengan lancar dengan pemilihan kabinet baru untuk tahun hadapan yang bakal menjelang. Walaupun ramai dari kabinet lama telah dikekalkan, pemilihan darah baru ibarat suntikan semangat untuk menyegarkan matlamat kerabat Durbar Dua yang senantiasa mendahagakan sesuatu yang baru. Di samping itu, sebuah komitee yang berasingan juga telah ditubuhkan untuk menyelenggarakan pertandingan yang akan diadakan di Bishan CC, pada Mac, tahun hadapan. Walaupun komitee itu dirahsiakan buat sementara waktu, berikut adalah nama-nama menteri baru dan lama bagi kabinet baru 2009 untuk rujukan mereka yang tidak dapat menghadirkan diri, semalam.

Perdana Menteri: Rezal

Setiausaha Parlimen: Kak Shikin
Penolong Setiausaha: Biggy

Datuk Bendahari: Santau
Naib Bendahari: Khidir

Kementerian Pengangkutan Logistik: Usop
Naib Logistik: Black

Kementerian Sukan dan Rekreasi: Kaduk
Naib Rekreasi: Lan

Kementerian Hal Ehwal Masyarakat: Naz
Naib Hal Ehwal: Sha'ari

Kementerian Kesihatan dan Kebersihan: Ayam
Naib Kesihatan: Luqman

Kementerian Daya Tenaga Manusia: Naz

Kementerian Perhubungan: Le Dzar
Naib Perhubungan: Amelia



Dannnn. Kita juga sudah tahu siapa guest! Track punya track punya track. Call IP server, mintak access, tunjukkan bukti, call manager, sekaliiiii... keluar muka sebelah kiri nih. Nih gambar dia selepas menjalankan pembedahan 'ehem'. Dan oleh kerana beliau disuntik hormon wanita dalam kadar yang berlebihan, kadang kala, beliau pun mampu PMS, sama seperti seorang wanita. Patut la dia selalu marah time tulis kat tagboard! Eeeee, muka dia jahat. Akhir kata, moga-moga, semua yang dilantik akan menjalankan tugas dengan jujur dan ikhlas, kerana, segala sesuatu yang dilandaskan keikhlasan, pasti akan mendapat keredhaan dariNya. Wassalam. - DurbarNews