MAT-MAT DIKIR AMEK HOBI BARU
.jpg)
Y
ay! kami dah jamah! rating (4/5) Gerek kalau anda buleh menggelungsur. Kalau tak boleh, anda akan rasa hampeh. Sebab ianya mahal dan tak balik modal.
KALLANG - Asalnya hendak ber'roller-blading', namun begitu, apakan daya, cuaca yang tidak begitu baik tidak mengizinkan kita berbuat demikian. Darmawisata (cheh) kerabat Durbar melalui proses pertukaran selepas hujan turun dengan lebatnya tepat pada pukul 3.15 petang di East Coast McDonalds. Organiser kami, Sdr Nas hadir lambat sedikit kerana terpaksa berkerja lewat sedikit walaupun hari itu merupakan hari cuti umum. Lantas, semua yang hadir terpaksa memerah otak untuk melakukan aktiviti alternatif.

Ada yang mencadangkan kita pergi wakeboarding di tempat yang sama. Namun begitu, selepas mendengar cerita-cerita berkenaan kecederaan yang menimpa beberapa rakan setugas, kita pon tak jadi. Apakan tidak, dengar cerita orang koyak dagu, kepala bocor. Ada juga yang menyarankan agar kita redah saja hujan dan rollerblade, namun begitu, Sdr Kaduk mati-mati tak bagi atas alasan road-road di East Coast banyak 'algae' ataupun kulat, jadi, bila kene air, road makin licin. Tak paham? Takpa, aku pon tak paham. Ada jugak di antara mereka suruh bowling. Namun begitu, memandangkan waiting list yang panjang nak mampus, kita tak jadi. Akhirnya, kerabat mendapat persetujuan umum untuk pergi ice-skating di Kallang Ice World!

Haaaa, setibanya di sana, fuh, kemain ramai kat dalam ice rink. Beberapa permasalahan mula timbul. Satu, mahal. $22 ketul seorang. Dua, sejuk. Semua tak bawak baju sejuk, pakai raincoat jer. Tiga, Ramai orang. Ice skating rink dah jadi mcm bazaar Geylang. Empat, kita semua tak tau skate. Bila kita mula masuk, biasalah, jakun. Tapi bila dah cecah ais, fuh, gaya mcm professional. Main catching, pusing-pusing, joget-joget, ibarat ice skating rink tuh kita punya. Dari segi taraf skill, memang tidak dinafikan, Aidil dan Kaduk dah ibarat skater Sukan SEA 1984. Lantas, mereka menggunakan kesempatan ini untuk membuli orang-orang seperti Nas dan Black, yang hanya dapat berpaut di tepi dan diusung dengan perlahan. Kesian.

Acara itu dimeriahkan lagi dengan kehadiran members di luar kerabat kita. Inilah yang sebenarnya yang diimpikan DNN kerana kita mengharapkan, agar semua aktiviti yang dirancangkan, bukan sahaja dapat mengeratkan silratulrahim antara kaum puak, tetapi tapi persahabatan kumpulan lain juga. Acara itu diakhiri dengan makan-makan kat KFC Kallang (sebab ada free refill) dan juga sesi melepak (cum buang-buang mercun) di jambatan Kallang Indoor Stadium
. - DurbarNews