Wednesday, October 29, 2008

mutiara kata emo

Bukan engkau gusar akan diri yang tidak sempurna. Engkau resah akan kekuatan diri yang tidak terhala. Silau cahaya diri yang ditakutkan, bukan kegelapan. Lantas engkau bertanya,
Siapakah aku untuk menjadi pintar?
Cantik, berbakat atau mempesonakan?
Sebenarnya, siapakah engkau untuk tidak menjadi sedemikian? Engkau adalah hamba Tuhanmu. Engkau tidak berbakti kepada sesiapa dengan memperkecilkan diri sendiri. Tiada hebatnya engkau bersembunyi atas alasan. Bahawa insan lain akan tergugat ketenteraman Engkau dilahirkan untuk memanifestasikan kehebatan yang Tuhan berikan. Ianya tidak tertakluk di sesetengah anak Adam. Ianya tersusuk pada semua. Dan apabila engkau dibebaskan dari kegusaran itu, Kehadiranmu membebaskan mereka yang lain.
diubah suai dari ~ Marianne Williamson in "A Return to Love"