Tuesday, October 14, 2008

headline

Berikut adalah petikan daripada blog Mega Perdana 2008. Kami sekadar mewarwarkan dan memaklumkan kepada anda tentang pertukaran para juri. Jangan terkejut beruk yer...

PERKEMBANGAN TERKINI
Maaf sekiranya sudah lama tidak mengemaskini lelaman ini. Namun ia berlaku memandang pemilik lelaman ini tidak diberitahu apa-apa maklumat yang baru, termasuk:

1. tarikh penghantaran senikata
2. tarikh pra taklimat
3. markah di peringkat separuh akhir

Maka tak dapatlah saya bagi pihak Gabungan meletakkan maklumat terkini untuk tatapan ramai. Apapun, biarlah dikongsi sama perkembangan terkini. Pertandingan akan berjalan seperti yang telah dirancangkan, iaitu pada 9 November 2008. Baru-baru ini, ada pra taklimat yang dijalankan untuk para finalis memilih siapakah yang mereka inginkan untuk menjadi pengadil.Antara yang disenaraikan, termasuklah :

1. Cikgu Siti Hana
2. Cikgu Mohd Khir
3. Cikgu R Azmann A Rahman
4. Cikgu Zaidy Nandir
5. Cikgu Djohan A Rahman
6. Sdr Yaziz
7. Wak Rani
8. Sdr Kamarulzaman
9. Sdr Fadali
10. Sdr Sudin (Pirate)
11. Sdr Ayu
12. Zaharian Osman

Setelah dijalankan poll, berikut merupakan barisan pengadil untuk peringkat akhir Mega Perdana 2008.

1. Paluan - Saudara Kama Baba
2. Kesenian - Saudara Ayu
3. Senikata - Cikgu Zaidy Nandir
4. Juara dan karut - Cikgu r Azmann A Rahman
5. Awok-awok - Semua pengadil yang terlibat.

Berikut merupakan barisan pengadil. Namun, pemilihan ini berkemungkinan akan bertukar, mengikut penelitian dan pengamatan AJK Gabungan dan AJK Mega Perdana 2008.Harap maklum.