Monday, October 27, 2008

the big reveal


LOKASI RAHSIA - DNN telah berjaya mendapat 'sneak peek' bagi baju yang bakal digunakan kerabat Durbar Dua pada hari pertandingan. Berikut merupakan gambar yang pada asalnya, hendak dirahsiakan. Namun begitu, setelah mendapat info dari spy-spy network, kami telah menggunakan khidmat seorang grafik artis untuk melakarkan secara tepat, bagaimana rupa mahupun bentuk kemeja yang akan diberikan nanti.

Dalam pada itu, sila simpan komen anda. Kalau tak cantik, diam jer. Kalau cantik, uar-uarkanlah yer. Komen editor? Secara keseluruhan, baju yang boleh dianggap kemas dan sesuai. Tidak terlalu extravagant dan sederhana. Cadangan untuk memperbaiki adalah untuk meletakkan 'rank' kat bahu, mana yang main paluan, mana yang awok, mana yang seccom awok, mana yang medik untuk kecemasan, siap dengan long service award menandakan experience di dada sebelah kiri. Hah, lepas tuh, for each comp, kalau boleh, buat badge, macam NPCC. kalau dapat selected untuk main comp, tampal kat baju. Collect banyak2. Lagi satu recommendation, kalau boleh, paluan semua diberikan beret ala commando. Chip pula diberikan pedang rasmi ala pegawai National Day Parade. Haaa. baru ler sachok! - DurbarNews